Monday, September 17, 2012

PIMPIN Siswa 2012

Alhamdulillah..

bermula pada 7 September 2012..kem PIMPIN Siswa yang merupakan program wajib untuk semua pelajar baru USM telah selamat dilaksanakan. walaupun aku bukan lagi di BHEPP tapi keizinan pengarah selaku ketua jabatan di CGSS buat aku masih lagi berpeluang menyertai PIMPIN Siswa sebagai tenaga penggerak buat kali ke4.

untuk minggu kedua iaitu pada 14hb September 2012, ada sesuatu yang berlaku menyebabkan aku terpaksa pulang ke Alor Setar dan datang semula pada hari sabtu pagi dengan kenderaan sendiri. terima kasih pada Kak Fina sebab sudi bagi pinjam kereta..kalau tidak mungkin aku tak dapat sertai kem ni untuk minggu ni. aku juga dapat tahu yang Kem Komanden (Dr Naza) dan Ketua Fasi (Jaya) juga sampai lambat (dalam pukul 1 pagi)..jadi semua aktiviti dijalankan sendiri oleh pembantu urusetia dan fasi diketuai oleh Syahmi sebagai SU. tahniah pada mereka sebab semua berjalan dengan lancar dan sempurna. lebih cepat dan pantas pula tu.

sementara masih ada waktu...aku sematkan sedalam-dalamnya kenangan bersama PIMPIN Siswa sebaik-baiknya...maklumkan. masa depan bukan milik kita sepenuhnya untuk menentukan segalanya yang kita mahu...pelajar datang silih berganti dan aku pasti saja akan bertemu dengan adik-adik dan rakan2 yang baru...syukur pada Allah kerana menghadirkan mereka dalam hidup ini dan atas nama kasih sayang keranaNYA...aminnn...



Anis & bang Ngah...

2 JempuTlah BerbisiK:

lisa min said...

wah akak.. saje cri2 blog yg crite ttg kem pimpin siswa thun ni. jmpe blog akak. hehe.. mcm mane nak dptkan gmbr2 yg fasi tngkp yer? =)

papepon kem cinta alam kelimat mmg best!

FuzAma said...

lisa...siri berapa dan tahun bila ya..boleh tanya kat syahmi..setiausaha..