Thursday, November 12, 2009

Mana silapnya...

Bukan sekali aku mendengar. bukan sedikit aku membaca. cerita tentang semangat perjuangan yang pernah dilaungkan kembali suram. malah semangat itu luntur tatkala fokus utama sentiasa digemburkan.

Mana salahnya?
Apa silapnya?

Kalau dulu. air mata terharu melihat perubahan. kali ini hati ditusuk sembilu melihat perubahan beransur pergi.

Apakah mereka tidak cukup maklumat?
Apakah belum cukup lantang dan kuat suara dilaung?
Kesedaran bagaimana lagi mahu diberi?
Apa lagi yang perlu dilakukan?

Lafazkanlah.
Katakanlah.

Agar bisa sesuatu berlaku. sebelum segalanya terlambat...

Walau aku tahu. tak akan pernah sekali untuk mengundur diri. tak akan pernah sekali merasa putus asa. cuma tak mampu aku hindarkan rasa hairan. kecewa. sedih dan pelik. melihat segala yang dilakukan ibarat air dicurahkan ke daun keladi.

Jika tak kerana pesan insan2 ini. tak mungkin hati terus tabah berdiri.

Anakku,

yang dinamakan mendidik itu. bukan sehari dua. bukan sekali dua. bukan sikit jatuhnya.
yang dinamakan mendidik itu harus banyak sabarnya. harus teguh jiwanya.

Anakku,

aku tahu bukan sedikit hatimu yang terluka. malah banyak juga air mata yang tertumpah. namun percayalah anakku. Selagi niatmu tulus. Allah Maha Tahu. biar saja di atas sana ada segala pembalasan buat semua.

Mendidik itu. harus penuh hemahnya. lembutnya. pekertinya. mungkin mereka menolak kata-katamu. mendustakan ayat-ayatmu. namun yakinilah. perit yang kau rasa. Perit lagi junjungan Mulia, Rasulullah merasai. tatkala semua orang menafikan perjuangan sucinya. sedangkan apa yang kau rasa. hanyalah sekelumit yang Baginda rasa.

Sabar anakku.
Biar seribu kata yang dinafikan.
Biar ibarat curahan air di daun keladi.
Perjuanganmu demi alam.
manusia sejagat.
tak akan pernah terhenti.
Hingga satu saat pasti.

Kau pergi... menemui Ilahi.

No comments: