Thursday, December 3, 2009

Cinta Agung Mak Teh

sudah lama terdetik di hati ingin menulis kisah seorang wanita ini. dan perasaan semakin kuat sejak akhir-akhir ini. rupanya...memang sudah tiba masanya untuk aku mencoretkan cerita wanita ini. yang aku berdoa. semoga syurga menjadi destinasinya.

Khatijah binti Shaari



Seindah nama isteri yang paling dicintai oleh insan paling mulia semesta alam. sehebat itu juga wanita ini. wanita yang sangat hampir dengan hidupku. wanita yang merupakan adik perempuan kepada abahku. dan dialah wanita yang aku panggil Mak Teh...

Mak Teh mungkin hanya wanita biasa. bertubuh kecil dan kurus sahaja. tapi hati Mak Teh sangat luar biasa. Mak Teh seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata perempuan. Mak Teh diduga dengan kecacatan anak kedua yang sebaya dengan aku. Anak itu hanya mampu terbaring dan menjadi 'bayi' untuk selamanya. kalau tidak salah semuanya akibat demam panas dan sawan semasa kecil. Anak mulia itu kami semua panggil Ummi...

"Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Selama 23 tahun. hidupnya diuruskan oleh Mak Teh penuh tabah, sabar dan kasih sayang. Tak pernah aku dengar Mak Teh memarahi Ummi apatah lagi merungut dan mengeluh. aku tak pernah memahami. ..kerna bagi aku memang sudah aku melihat keadaan yang begitu...hinggalah aku membayangkan jika aku berada di tempat Mak Teh...Ya Allah..mampukah aku sehebat begitu...diduga beberapa purnama saja sudah menangis dan hampir rebah tak bermaya...inikan pula separuh usia kehidupan...

dan setelah melayari hidup dengan suami tercinta. Mak Teh diduga dengan penyakit Pak Teh yang diserang stroke dan kini juga menjadi seperti anaknya Ummi. segalanya fungsi kehidupan hilang sepenuhnya. Jikalau dulu, Mak Teh perlu menguruskan seorang tapi kini ujian digandakan menjadi dua. Demi Allah..aku mendoakan hanya syurga layak untuknya.

Demi Allah Maha Agung..sedikit keluhan dan rungutan tiada terlafaz...Mak Teh menjalani dan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Mandikan Ummi, beri makan, Mandikan Pak Teh dan beri makan, kemas rumah, pergi kerja, balik dan seterusnya...

"Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab"

dan Allah Maha Adil mengurniakan bahagia untuk satu-satunya permata hati. Anak sulungnya, Farah yang sangat mulia dan menantu yang baik. itulah lambang dan penawar hati Mak Teh aku kira.Semoga bahagia sentiasa bersama mereka..aminnn Ya Allah...

Aidiladha baru-baru ini. rupanya memberi tanda untuk kami sekeluarga. itulah Aidiladha terakhir dengan arwah Pak Teh tatkala lebih kurang 11 malam, 1 Disember 2009 arwah Pak Teh pergi meninggalkan kami. pergi bersama redha dan bukti cinta kasih seorang isteri yang sangat setia dan sabar.



Tiada air mata yang mengalir di wajah Mak Teh. dan aku pula yang menahan sebak melihat kucupan akhir seorang isteri solehah buat suami tercinta yang kini hanya maut memisahkan mereka.

'Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).'


Sungguh...Mak Teh isteri solehah. Wanita penuh luar biasa yang diam diam menjadi inspirasi aku untuk terus tabah melangkah. Mak Teh contoh isteri solehah paling ideal. Seorang ibu mithali, anak dan adik yang paling baik...

Mak Teh banyak mengajar aku. dan ajaran Mak Teh bukan dengan kata2...tetapi dengan kehidupannya..sikap dan tingkahnya..serta akhlak dan adab Mak Teh yang telah menjadi guru terbaik aku...Mak Teh membenarkan kata-kata yang sering aku dengar

"Cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh jiwa"

Aku melihat kebenaran ayat itu pada Mak Teh. Mak Teh membuktikan cinta agung seorang isteri dan ibu dengan memberi seluruh cinta penuh ikhlas. dan hanya aku yakin.hanya cinta yang berpaksikan pada Allah saja yang mampu menerbitkan cinta agung ini...

Masya Allah...mampukah aku memiliki cinta agung itu...'dicubit' sedikit saja sudah aku terlantar lemah..menangis bagai tiada hari esok...dan sedangkan ujian untuk aku hanya sebulan dua..sudah terasa bertahun lamanya...itupun sudah mengaduh hampa pada dunia...

Ya Allah...kuatkan hati-hati kami...Ya Allah..hamba-hambaMu...

Semoga Mak Teh dan keluarga sentiasa dalam redha Rabbani...



No comments: