rasa bagai baru semalam aku menaip kisah hidup suka duka yg tertitip buat kenang-kenangan sepanjang 2008. dan kini. sambil menghitung detik waktu untuk meninggalkan 2009. aku catatkan lagi kisah hidup suka duka sepanjang 2009 yg pastinya tidak kurang hebatnya. walau mungkin tidak kesemuanya tercatat di ruangan maya ini kerna ada cerita yg terpaksa dikunci rapi. bukan tidak mahu berkongsi tapi cukuplah hanya aku dan Allah yg mengetahui. Insyallah. suatu hari. dengan izinNYA. segala kenangan akan menjadi tauladan. buat diri dan semua. dalam meniti terus menuju alam yg abadi.
menjelang 2010. hati tertanya-tanya. jiwa bersedia penuh redha. untuk menghadapi suratan takdir seterusnya yg telah ditentukan olehNYA. ibarat 'pelakon' yg taat setia menerima segala arahan 'pengarahnya' untuk terus melakarkan corak kehidupan seperti yg termaktub di dalam 'skrip' pilihanNYA.
Januari 2009
aku mulakan 2009 dengan seluruh kekuatan jiwa utk melupakan segala kepahitan 2008. aku belajar untuk lebih tabah dan yakin bahwa yg hilang pasti berganti. dan ganti itu pasti akan lebih baik lagi. aku yakin. aku pasti. Allah adalah Tuhanku yg tidak akan memungkiri janji.
Februari 2009
jika sebelum ini, aku jarang bersama keluarga dek kerna masa yg ada banyak dihabiskan di kampus. maka sepanjang waktu inilah aku mula menggantikan masa-masa yg aku rampas dari keluargaku. menemani abah & mama. bersama abang dan adik. mengambil alih tugas yg tertinggal dahulu. mengemas. membasuh. menyapu. dan berada di samping mereka. aku rasa hanya itu hadiah yg termampu dariku. sebelum diri terlempar tidak pasti ke mana lagi.
perlahan-lahan.dalam hati. rindu pada suasana kampus dan pada perjuangan yg masih belum selesai mula mengusik. tapi..untuk kembali..apakah masih ada sudi dan adakah ruang buat diri ini? malah apakah mampu untuk aku menghadapi hakikat yg pernah memilukan hati?sebuah tempat yg mengajar aku erti bahwa cinta tidak semesti memiliki. dan entah mengapa...aku rasakan bahwa biarlah aku begini. di sini. meneruskan kehidupan baru. dengan kasih keluarga yg tak pernah jemu.
Mac 2009
takdir Allah tiada siapa yg mampu menduga. tak ku sangka impian menjadi nyata. saat jiwa merindui menara ilmu tercinta. rupanya tertulis jalan hidupku masih di sana. dipanggil pulang untuk memberi sedikit khidmat jasa. membuat aku sedikit terkesima. air mata mengalir lesu. memikirkan terubat jua rasa rindu. walau dalam hati masih ada ragu. mampukah aku? Ya Allah...aku mohon yg terbaik buat segala takdir yg ditentukan untuk aku kali ini...aminnn... bulan ini juga menyaksikan ketentuan bahwa aku tetap selamat bergraduan. tak pernah terduga. murid biasa seperti aku. yg pernah belajar di kelas yg paling belakang akhirnya dapat menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Biologi) dari universiti yg paling aku tak sangka akan dijejaki. Alhamdulillah. semoga sinar rahmatMu sentiasa untukku.
April 2009
menjejaki ke alam pekerjaan dengan sedikit pengalaman semasa bergelar Penolong Pegawai Penyelidik di tempat yg sama tetapi jabatan yg berbeza sedikit membantu aku. walau hakikatnya masih banyak perbezaan yg perlu aku sesuaikan dengan diri. Kesabaran, keikhlasan, kejujuran, ketabahan dan pengorbanan semakin menguji. suasana kerja yg berbeza menuntut selautan kekuatan untuk aku terus teguh berdiri. benarlah kata guru.
Kamu harus kuat untuk kehidupan di luar yg sangat mencabar...dan aku mula memahami. kata guru lebih 10 tahun yg lalu.
Mei 2009
Sejarah buat diri bermula. kalau dulu aku pernah merasa berjaya berada di dada akhbar dah di majalah2 tapi kini aku bersyukur dengan peluang untuk mula muncul di kaca tv. walau tidak lama dan tidak seberapa. tapi bagi insan biasa seperti aku. itulah kenangan terindah. apatah lagi bila dihubungi oleh insan yg agak dikagumi.
purnama ini juga menemukan aku dengan seseorang yg cerita aku dan dia tidak banyak tersurat di sini. seseorang yg dihadirkan oleh Allah untuk aku. seseorang yg Allah takdirkan untuk menjadi sebahagian sejarah dan kenangan dalam hidup ini.
Jun 2009
hari-hari dilalui penuh rasa. suka. duka. geram. marah. sakit. pilu. sedih. pedih. rindu. malu. segalanya rencah kehidupan. keluarga, sahabat, pekerjaan, dan diri. segala meniti hari penuh murni dengan kasih Rabbani. namun. ujian hati tidak pernah sunyi. Allah hadirkan dia untuk menguji. terasa diri lebih bererti. yg patah tumbuh. yg hilang berganti. sungguh. keyakinanku terbukti. yg terbaik pasti Allah beri. dan yg terbaik juga aku merasakan telah hadir di sisi.
Julai 2009
Nikmat Allah semakin aku nikmati. dan kelalaian mula menguasai diri. kealpaan semakin rapat di sisi. persoalan hati dan diri tak pernah mahu pergi...aku terus meniti hari. sambil menyesuaikan dengan hakikat baru diri. Berita bahagia keluarga aku terima. jawapan siapa bakal suri hati buat abang sulung semakin menjelma. dan doa pun bergema...Semoga yg terbaik menjadi ketentuanNYA.
Ogos 2009
bulan ini penuh ujian bahagia. bagai tidak percaya. hidup lebih bermakna dan teruji dengan Suria. tanggungjawab semakin bertambah. kesenangan dinikmati bersama. Syukur Ya Allah. atas rezeki yg tak terduga. Abg kit selamat bergelar tunangan orang. menantu pertama sudah ditemui. tiada lafaz selayak Alhamdulillah. Sesungguhnya yg terbaik hanya dariMu, Ya Allah. Jawatan yg lama ditunggu akhir terjawab pasti. Alhamdulillah. Semoga kesabaranku dariMU mendapat tempat di sisiMU...
September 2009
Ujian dilalui dengan tabah dan sabar. walau tidak sehebat ujian sebelum ini namun bagi diri ini. ujian hati tetap menjadi RAJA. biasalah. hatilah yg paling susah untuk dijaga.
Oktober 2009
Genap 23 tahun...
November 2009
bulan ini bulan air mata. yg gugur tak diminta. sekejap terasa diri di pagar kiri dan sekejap terasa diri di pagar kanan. Hinanya diri menanyakan takdir kenapa begitu susah merasa bahagianya disayangi. Kejinya diri menyoalkan mengapa begini ketentuan buat diri. Ampuni aku
Ya Allah... terlupa bahwa diri ini hanyalah seorang hamba hina. yg tak punya apa-apa. maka siapalah aku untuk mempertikaikan takdir buat diri. sedangkan yg terbaik pasti DIA beri.
aku terlupa akan doa-doa lalu. yg rela diuji kanan dan kiri. asalkan hati ini tidak KAU pesong pergi. asalkan cinta kasihMU sentiasa di hati. dan walau sakit itu aku rasai lagi. hanya sabar dan redha menjadi sahabat sejati. dan aku teruskan hidup dengan senyuman penuh erti. sambil mencari hikmah yg tersembunyi. teguhkan hati Ya Rababani...aku mohon untuk terus dalam rahmatMU dalam menuju ke negeri abadi.
Disember 2009
bulan ini bulan paling duka dan suka. bulan yg sungguh menguji sepanjang 2009.
pemergiaan selamanya arwah Pak Teh dan arwah Ummi cukup memilukan hati. pemergian yang berturut-turut menguji kesabaran, ketabahan dan keteguhan iman hamba-hambanya. Pemergian yg meninggalkan sejuta kenangan dan tauladan. Pemergian yang mengingatkan kami bahawa kematian itu pasti. dan satu hari nanti. pasti juga giliran kami.
Walimahtulurus Abg sulungku selamat termeterai. dengan jodoh yg dinanti penuh harapan dan tanda tanya. Alhamdulillah..akhirnya terjawab kini. Semoga Allah merahmati penyatuan adam dan hawa ini hingga ke syurga...aminnn...
Walimatulurus teman serumah, teman2 persekolahan juga selamat dilangsung dengan pasangan masing2. Alhamdulillah. Janji Allah kini sudah dibukti. yg selama ini tertanya bagaimana rupa suami masing2 sudah terjawab pasti. InsyaAllah..Semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua...aminnn... dan menghitung detik waktu. pentas 2009 pasti akan melabuhkan tirainya...dan coretan serta catatan 2010 InsyaAllah akan terpatri nanti. Semoga Allah berikan iman yg teguh dan utuh buat kita semua...aminnn...
Rahmatilah 1431H...demi cintaMu Ya Allah
Berkatilah 2010..demi kasihMu Ya Allah
4 comments:
pehh.begitu berpuitis skali.hehe.nway akak doakan smoga perjalanan hidup awak utk thn yg berikutnya akan sentiasa dipermudahkan,diberkati dan dirahmati oleh-NYA serta dipenuhi dengan memori2 yang indah.amin.(akak pun boleh tau.eceh.)hehehe
sememangnya kak fuzah..... =)
memori yg lepas merupakan memori yang berharga......
Semoga 2010 merupakan Permulaan yang baik buat kita semua........... =)
rasa macam sekejap sangat setahun dah berlalu. Dalam setahun, berapa kali agaknya kita jumpa ha Fuzah??? ish3....
kak shida: aminnn..thanks akak..
az: InsyaAllah dik..semoga Allah berkati kita semua..
kak erny: akak...selagi nyawa dikandung badan, InsyaAllah ukhwah ini akan terus berkekalan..aminnn
Post a Comment