Sunday, December 13, 2009

Teristimewa utk Kalian-Mohd Syakir & Safinah

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Terbuka sudah hijab. tersingkap sudah tabir rahsia. yg tersimpan penuh suci di Lauh Mahfuzh. dan Berakhir sudah 29 tahun penantian seorang insan bernama Mohd Syakir Othman. putera sulung buat Othman Saari & Halijah Md Ibrahim. putera sulung yang akan aku cerita dan rungkaikan satu persatu tentangnya. baik & buruknya. suka & dukanya. pahit & manisnya.

Buat abangku.Mohd Syakir Othman. catatan ini drpd hati adikmu. catatan ini drpd kaca mata adikmu. satu-satunya adik perempuanmu. yg membesar bersamamu. yg melihat perit jerihmu. yg melihat jatuh bangunmu. yg menonton suka & dukamu.

Buat kakakku. Safinah Md Said. catatan ini drpd jiwa adikmu. catatan ini drpd senyuman kasih adikmu. satu-satunya adik perempuanmu. yg akan menjadi sebahagian daripadamu. yg akan berkongsi suka dukamu. yg akan sentiasa mengasihimu.dunia hingga akhirat nanti.

Dan sesungguhnya..akulah adik perempuan kalian..yg mana kebahagiaanku adalah kebahagiaan kalian dan kedukaan kalian adalah kedukaanku.




Abangku Mohd Syakir.
Yg lembut bicaranya. Yg manja orgnya. Yg terang sayangnya. Yg jelas kasihnya. Pelukan mesranya tak pernah putus walau kami adik-adiknya sering merungut kerna rimas dgn gayanya. pernah dia berbicara.katanya

"abang sayangkan adik-adik abang..abang nak tunjuk rasa sayang abang..sebab itu abang peluk adik-adik abang"

Abangku Mohd Syakir.
Seorang anak yg taat dan patuh. Jika abah atau mama sedang melampiaskan amarah. utk mendidik. kami, adik-adiknya sering melawan kata atau berbalas bicara. tidak lupa. memberontak dan memprotes gaya. tapi abang. hanya akan diam berbicara. tiada balasan suara tinggi. tiada hempasan kuat pintu bilik atau hentakan kaki.

Abangku Mohd Syakir.
Seorang anak yg penuh redha dan qanaah. apa-apa sahaja yg diberi atau dibeli. dia terima penuh terbuka hati. jika kami, adik-adiknya sering meminta utk mendapatkan segala yg dihajati atau diingini. abang hanya menerima apa sahaja yg diberi. jika kami, adik-adiknya membeli barangan berjenama atau membeli belah di shopping complex ternama. abang sudah tersenyum puas menerima apa yg ada atau cukup sekadar membeli belah di kedai-kedai biasa.

Abangku Mohd Syakir.
yg kedukaannya dikunci rapi. dan air matanya ibarat nilam tersembunyi. Saat keluarga dilanda ribut badai. dialah insan paling setia di sisi. Sabarnya kekuatan kami. Tabahnya kecekalan kami. Pengorbanannya tak terhitung oleh jari. Masa, tenaga, harta segalanya hanya demi kami. Tak pernah sekali diungkit atau dicatat diari. cukup saja Allah yg mengetahui erti sebuah pengorbanan ikhlas suci. kerna hanya Dia selayaknya pembalasan diberi.

Abangku Mohd Syakir.
Saat keluarga diuji. Masa akan aku lupa. setiamu berpanas berhujan menghantar dan mengambil aku pulang drpd sekolah atau ke mana-mana tempat yg ingin aku tujui. Tak akan aku lupa kasihmu membeli dan menyediakan makanan agar kami tidak kelaparan. Mana mungkin aku lupa redup wajahmu. tatkala kita diuji kanan dan kiri. kau sentiasa di sisi. walau apa-apa pun terjadi. kaki kau tak pernah berganjak pergi. sedangkan kami sering melangkah lari. tapi kau. masih setia bertahan di Sri Negeri. sehinggalah. tiba saat kau perlu pergi. demi sebuah harapan dan janji. utk melihat satu-satunya putera menjejak kaki di negara penuh sejarah Nabi. air matamu tetap teguh di takungan kali. dan kau pergi jua membawa harapan kami. penuh ikhlas hati. dan kami mula belajar untuk merindui.

Abangku Mohd Syakir.
Kaulah lelaki kedua yg sentiasa mengesat hujan air mata dukaku selepas abah. kaulah lelaki yg sentiasa menyusun bicara sabar dan tabah saat aku mahu rebah. kaulah lelaki yg lembut mesra mengusap belakangku atau kepalaku saat pahit mencengkamku parah. kaulah lelaki yg aku cari saat gelodak jiwa memohon pandu arah. dan kaulah lelaki yg aku mohon. agar bahagia sentiasa untuknya abangku. dunia hingga ke akhiratmu.

Abangku Mohd Syakir.
Aku mengetahui. bukan sedikit perjalanan yg kau lalui demi menemukan seorang suri hati. Seorang suri yg bukan saja sebagai seorang isteri. tapi juga sebagai seorang ibu. seorang anak. seorang kakak. dan seorang teman. maka yakinilah wahai abangku. kau sentiasa diiringi doa kami. keluarga yg sangat mengasihi. dan kami sangat mensyukuri nikmat tak terhingga menghadirkan seorang isteri penyejuk hati pendamai jiwa untukmu.syukur padaMu Ya Ilahi atas anugerah terindah ini.

Abangku Mohd Syakir.
tak terbalas segala pengorbanan dan jasamu pada kami, adik-adikmu. hanya kudus doa mampu kami titipkan untukmu. agar bahagia sentiasa milikmu. dunia dan akhirat nanti.dan...abangku Mohd Syakir kasihi dan cintailah isterimu setulus hatimu. Bimbing dan pandulah isterimu dengan sebaik-baiknya. Jagalah hatinya seperti mana kau menjaga hati mama dan hatiku. kerna kesedihannya adalah kedukaanku. dan kegembiraannya adalah kesukaanku. Ingatlah wahai abangku. tatkala engkau melafazkan akad ijab dan kabul. Dia telah menyerahkan seluruh hidupnya utkmu demi redhaNYA. kerna mulai detik itu. aku yakini. hatinya hanya untukmu. yg penantiannya juga bukan sedikit waktu.



Istimewa untukkmu,

Kakakku Safinah,
terima kasih kerna sudi menerima abang seadanya dirinya. terima kasih kerna hadir dan menjadi sebahagian daripada keluarga kecil ini. ampun dan maaf andai bisa kelemahan yg ada pada kami sekeluarga. samada yg sudah, sedang atau akan berlaku bisa melukakan atau menyinggung hatimu, kakak. keluarga kami hanya keluarga biasa. yg punya kasih dan cinta. yg diuji dan diduga demi rahmat kasihNYA. yg punya 1001 satu cerita. suka dan duka.

Kakakku Safinah,
Hadirmu amat kami syukuri. Hadirmu amat kami nanti. Hadirmu umpama bidadari penghapus sunyi sepi seorang lelaki yg amat kami sayangi. kasihi dan cintailah dia atas nama Allah Maha Esa. Pemilik segala hati-hati kita. dan terimalah seadanya diri kami semua. dan percayalah. kami juga menerima dirimu seadanyamu kakak. saat lafaz ijab kabul dilafazkan. segala baik burukmu adalah baik buruk kami. dirimu adalah kami. dan kami adalah dirimu. biar saja maut memisahkan kita. dan hanya di jannah sana pertemuan kita.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Bahagiakanlah Abangku Mohd Syakir & Kakakku Safinah, Ya Allah.
Rahmatilah mereka Ya Allah.
Berkatilah mereka Ya Allah.
Redhailah mereka Ya Allah.
Sandarkanlah seluruh kedukaan mereka padaku.
dan selimutkanlah seluruh kebahagiaanku pada mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Bahagiakanlah Abangku Mohd Syakir & Kakakku Safinah, Ya Allah.
Kurniakanlah mereka anak-anak yg soleh dan solehah.
titipkan sabar dalam hati mereka.
pahatkan redha dalam jiwa mereka.
sematkan cinta suci mereka dengan Agung suci cintaMu, Ya Allah.
agar cinta mereka setulus indah seperti kekasihMu Junjungan Mulia Muhammad s.a.w dan kekasihnya Siti Khadijah.

Kabulkanlah Ya Allah
Dengan rahmat kasihMu...








No comments: