Sunday, January 10, 2010

Kejutan buat Kema

Perancangan rapi telah dilakukan. sempena sambutan hari lahir Kema. maka, seusai solat maghrib, bersamaan hari Rabu, 6 Januari 2010 bergeraklah dua buah kereta Viva bersama 6 warga 97-7-6 ke destinasi pilihan, Izwan Western Food, foodcourt Farmlive.

Anis ditugaskan utk membawa Kema 'berjalan-jalan' sementara Norji, aku, Kak Syidah dan Kak Yan pula ditugaskan utk pergi menunggu di Izwan Western Food sambil menyediakan sedikit persiapan utk kejutan buat Kema. Selepas mengambil Kak Yan dari pejabatnya, kami berempat terus meredah kepekatan malam ditambah dengan kesesakan lalu lintas dan pertama kali pergi ke tempat makan pilihan. 'Roger n Out' dengan Anis utk bertanyakan di mana lokasi mereka berada turut berlangsung sambil berjaga2 agar Kema tidak ketahuan.

Selamat meredah malam + traffic jam, kami selamat sampai ke destinasi pilihan. Kak Yan bertambah semangat sebab nama kedai tu sama dgn nama suaminya yg tercinta. konon2 mengubat rindu la tu..hehehee..

Menuju ke gerai pilihan penuh yakin dan teruja...perasaan itu terus hilang tatkala melihat gerai tersebut tutup dan tidak beroperasi..apakahhhh?!!!..terus saja plan B dirancang dalam masa 1 minit. dan bersetujulah semua utk beralih arah...destinasi selamat..apalagi kalau tak..Mcdonald..hmmm..i lovin 'it...

Dan bermulalah sekali lagi cabaran seterusnya dek kerna tiada siapa pun tahu di mana McD yg berhampiran dan hanya Anis saja yg tahu. sempat berhenti bertanya...masih dalam kekeliruan kami tetap mengikut seperti diarahkan...sekali lagi meredah kepekatan malam dan traffic jam berdasarkan arahan Anis..secara rahsia pula tu..takut Kema tahu...

'Anis kata lepas masjid, jumpa traffic light belok kanan',Norji selaku pemandu berhemah.

'Eh tapi kita dah tinggal jauh la masjid tu,' balas Kak Syidah di sebelah Norji sambil disokong Kak Yan.

'belok kanan, belok kanan!!' jerit aku sambil meyakini firasat hati..chewaaahh..

'betul ke ni..kita dan tinggal jauh la masjid tu' ragu Kak Syidah...

dan berterusanlah perdebatan kami sepanjang pencarian McDonald sehingga kami akhirnya berjuma dgn McDonald bersebelahan Caltex.

Sesudah parking kereta dan sms dihantar kpd Anis utk kepastian, aku dan Kak Yan keluar mengintip di dalam McD, kalau-kalau Anis dan Kema dan ada.

dek rasa tidak yakin, tiga lawan satu, dan sms Anis yg tidak dibalas2, serta tiada tanda2 mereka sudah sampai. kami mula bertolak keluar kembali ke lokasi yg sama utk mencari masjid.

keputusan di pihak aku..hahahaha!!..tu la..org dah cakap..tak percaya..Ha Tengok!!..balas aku dalam kereta..mmg betul masjid hanya berdekatan dengan traffic light dan penuh yakin, Mcd tadi mmg lokasi yg dicari. dan kami sekali lagi kembali ke lokasi penuh yakin dan pasti.

Sebaik sampai, sedikit sambutan disediakan..dan beberapa minit saja, Anis dan Kema pun sampai...

SURPRISE!!!





kiri: Anis, Kak Yan, Fuzah
kanan: Norji, Kema (birthday girl), Kak Syidah

Selamat Ulangtahun kelahiran Norakmar Jusoh (Kema) Semoga dalam rahmat Allah, bahagia, selamat, dan berjaya dunia & akhirat.





bisik-bisik intan: Kak Erni tak ada sbb ada hal tak dapat elak..

3 comments:

kak shida said...

awak ngan yan la pi jenguk dlm McD..bukan akak..hehe

fuzama said...

alamak..silap sudaaa..heee..ok2..will be amend

noorakmar said...

thanks a lots to all my housemates....u all mMg bez sgt2!!! xpenah pun org dpt kejutan mcm nie..korg mmg bley jadi pelakon terhebat...bley ganti "MAK BIAH" ...HAHAAHA...