Saturday, January 30, 2010

PRK & MPP

28 Januari 2010..selamat sudah sebuah lagi pilihanraya kampus sidang 2010/2011 yg dulu menyaksikan aku hanya sebagai seorang pemerhati tegar...yg hanya berdiri mendengar setiap bait-bait kata calon2 yg banyak juga terdiri drpd kalangan teman2 sendiri. atau aku yg dulunya hanya berdiri memerhati setiap tingkah di sebalik luar jendela dewan pengiraan undi sambil melihat tiap wajah mereka berdebar menanti keputusan.

ada yg bertakbir. ada yg menangis.ada yg bertepuk. ada yg berpeluk. jerit sorak sudah lumrah pertandingan. antara yg terpilih dan bukan pilihan. apapun...itu sebahagian pengalaman sebuah kehidupan sebagai seorang mahasiswa/i...itu pendapat aku..yg hanya memerhati...waktu dahulu yg sudah pun berlalu.

Kini...sebagai salah seorang pegawai di Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar. segala kisah dan cerita, atas dan bawah, kiri dan kanan...perlu aku hadam..sebagai memenuhi tanggungjawab salah seorang warga BHEPP. Jujur..bergelar sebagai seorg pelajar..100% tidak sama apabila sudah bergelar pekerja...terasa dulunya aku hanya berada di permukaan..tapi kini..aku sedang menyelami dasar...menggali, mencari, menghadam, memahami dan membina diri demi sebuah amanah yg diberi. baru kini aku mengerti kata-kata yg pernah didengari.

" seorang anak akan memahami perasaan ayah apabila dia sudah mempunyai anak"

Sejak mula masuk ke USM, aku masih ingat saat hari pertama kami sudah didedahkan tentang hukuman dan kesalahan abang2 dan kakak2 yg terlibat dalam hal2 berpolitik. dan perlahan2 kami didedahkan tentang terdapat dua golongan di dalam kampus. satu yg menyokong universiti dan satunya yg membangkang. pernah seorang teman berbangsa cina bertanya

"kenapa kita perlu bangkang universiti, kalau kita bangkang tak perlulah kita masuk universiti?"

aku hanya diam dan tersenyum. dan aku hanya mampu menggeleng kepala tanda tidak tahu.

dan seingat aku..hanya kali pertama dan terakhir sj aku pernah mengundi sepanjang bergelar pelajar. sebabnya..tahun pertama dan kedua ...calon menang tanpa bertanding..dan cuma tahun terakhir saja PRK berjalan. malah aku tak kisah pun siapa patut menang atau kalah. asalkan masing2 bertanggungjawab dan tidak menjejaskan kehidupan aku sebagai pelajar.

aku tak mahu ambil tahu dan tak minat untuk tahu. tapi takdir Allah sentiasa mendahulu. diletakkan aku di BHEPP. pasti sj ada hikmah yg tersembunyi. dan aku jalani penuh pasti. mesti ada yg terbaik untuk diberi.

aku cuba membaca, mendengar, memerhati dan memahami. dan dgn pengalaman yg cukup hijau muda ini, hanya ini mampu aku perolehi...dan aku pasti akan terus mencari, mendalami dan mempelajari..selagi masih ada hayat diberi..sebelum dijemput pulang pergi..pasti suatu hari nanti..

Setiap yg ada..tercipta undang2 atas nama demi kebaikan. asasnya..tiada undang2 atau peraturan yg dibentuk demi keburukan. dan bagi setiap institusi pendidikan tinggi pastinya ada undang2 yg tersendiri. dengan asasnya demi kebaikan utk semua dek kerna di sinilah memiliki paling ramai golongan berkuasa, bertenaga, berjiwa muda, berilmu tinggi dan harapan agama nusa dan negara. Golongan ini pastinya bisa merubah dunia ke arah kebaikan namun punahlah jika diubah ke arah keburukan. tiada yg mustahil jika tiadanya didikan dan kawalan. maka atas banyak kesedaran ini, AUKU diperkenalkan. dan pengenalnya adalah idola yg paling disanjungi negara dan dunia. (http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/08/auku-akta-universiti-dan-kolej.html).

Ramai yg mengatakan perjuangan MPP dl dgn skrg jauh berbeza..jujurnya aku tidak faham...perjuangan?perjuangan apa?utk apa?utk siapa?

setelusnya..aku merasakan bahwa MPP memang sangat penting yg dasarnya sebagai sebuah pertubuhan pelajar paling tinggi yang menaungi semua pertubuhan pelajar dalam universiti atas nama 'mewakili pelajar dalam apa2 aspek' - kebajikan, polisi, pelajaran dan sebagainya. dan setelusnya aku juga merasakan, MPP seharusnya bebas drpd mana2 gangguan dan unsur..mereka seharusnya berdiri dengan bebas atas nama "Perwakilan Pelajar"..namun, fitrah dunia. yg terlakar di kertas tak selalunya indah seperti yg terlakon di pentas...dan pastinya perlu untuk semuanya kembali merenung dasar dan asas utama peranan PRK dan MPP itu sendiri.

dan sudah termaktub, pemilihan MPP perlu melalui PRK yg dilihat betapa peri pentingnya peranan MPP itu sendiri dalam mewakili pelajar sesebuah universiti. tidak seperti pemilihan pertubuhan biasa yg melalui mesyuarat agung sesama ahli tapi pemilihan MPP melibatkan seluruh warga universiti dan kuasa mutlak juga terletak pada Naib Canselor, pimpinan tertinggi universiti itu sendiri.

tentang ahli MPP yg banyak terkandas dalam pelajaran...yg hanya aku mampu katakan...masuklah MPP dan anda akan mengerti...

lumrah...terdapat beberapa jenis pelajar di kampus ini :

1) aktif belajar + pasif berpersatuan/kelab/etc
2) pasif belajar + aktif "
3) aktif belajar + aktif "
4) pasif belajar + pasif "

dan pastinya golongan yg terbaik itu (3) boleh dihitung jarinya. kalau sesiapa tahu bagaimana cara utk meningkatkan golongan (3) ini, maka dengan selapang-lapang dada dan besar hati kami, pihak BHEPP mengalu-alukan kedatangan formula utk diaplikasikan. kerna yg ada dalam amanah kami adalah ribuan makhluk ciptaan Maha Agung yg punya pelbagai wajah, ragam, latar belakang dan segalanya. dan kami bukan melentur rebung tapi buluh yang sudah hampir matang serta sedia untuk digunakan.

berapa banyak perancangan, tenaga, masa dan wang dikeluarkan dalam memenuhi falsafah pendidikan negara yg seharus dirujuk oleh semua pihak...dan berapa ramai yg merujuk kepadanya?


" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Kita boleh menyukat kejayaan intelek...namun berikan penyelesaian bagaimana utk menyukat kejayaan drpd segi rohani dan emosi...adakah nilai atau angka yg memberi 'indicator' kpd kecemerlangan aspek ini?

berilah aku jawapan..kerna aku masih mencarinya...malah mempelajarinya...

Benar..ramai yg berjaya dalam akademik...kerna kejayaan mereka dinilai dgn gred A,B,C dan D...atau nilai PNGK drpd serendah pointer 1.00 hingga setinggi pointer 4.00...tapi

berapa ramai yg benar2 berjaya dalam akhlak?dalam rohani? dalam emosi?...dan apakah ukuran utk kejayaan aspek ini?

ahhh3...rasanya sudah banyak yg aku tanya...mungkinkah ada jawapannya...apapun..ini adalah coretan perkongsian...kerna sesungguhnya aku yakin apa yg terjadi ada hikmahnya. masih jauh perjalanan ini. bukan saja perjalanan buat diri ini. malah perjalanan menara tercinta ini. status APEX bukan hanya utk dinikmati tapi jg utk dihayati. adat dunia...lebih senang utk memerhati drpd cuba utk memahami...

dan utk adik2 yg terpilih menerajui MPP setelah mengharungi suka duka PRK...jujurlah pada niat atas setiap tindakan kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Memahami. sungguh, pesanan ini jg utk diriku sendiri...aminn...