Tuesday, February 23, 2010

Salam Berbahagia buat Abg Cik & Abg Wan

20 Februari 2010
Sabtu
Kodiang, Kedah

Pulang sempena cuti Tahun Baru Cina, aku sempat menghadiri kenduri walimah sepupu yang tak kurang banyak juga berkongsi cerita sewaktu zaman anak-anak dulu. Majlis yang penuh sederhana tapi cukup bermakna tatkala ahli keluarga jauh dan dekat kembali berkumpul. Walau banyak yang dah berubah, masih ada tempat-tempat yang kembali mengingatkan aku waktu masih kecil bermain di sini dulu. Paling sebak dan terharu. melihat teratak itu. hati merasa sangat rindu akan arwah Mak Ngah. Pasti beliaulah orang paling bahagia saat ini 'melihat' dua puteranya selamat membina bahtera cinta.


Abg Cik & pasangan.

tak banyak kisah antara kami. mungkin kerana jarak umur dan sikapnya yang agak pemalu. ceritanya pun hanya banyak diketahui dari adik-adiknya. namun sebagai putera sulung arwah Mak Ngah. aku kira dia abang yang bertanggungjawab dan anak yang baik. paling yang aku ingat, masa kecil dulu kakinya pernah cedera terkena tayar basikal semasa menunggang. dan kami sekeluarga terus pergi melawat apbl mendapat berita.

kali terakhir bertemu dengannya sebelum walimah ini, sewaktu arwah Mak Ngah meninggal. lima tahun yang lalu. aku masih ingat melihat mereka empat beradik diketuai abang Cik memandikan, mengkafankan dan menguruskan jenazah arwah. dan aku masih sangat ingat dalam ketabahan seorang lelaki itu, sekali sekala tangan abg Cik mengesat matanya yang semakin berair.

...

dan sekian lama. aku kira akhirnya aku melihat senyuman bahagia daripada satu-satunya abang Cik yg aku ada. Alhamdulillah... Semoga bahagia sentiasa mengiringi kalian berdua. aminnn...



Abang Wan & pasangan

putera kedua Pak Ngah dan arwah Mak Ngah ini bukan org lain dalam hidup aku. jarak umur yang cuma beza setahun agak merapatkan kami.

Paling aku akan ingat sampai mati. sewaktu zaman sek. rendah dulu. aku pergi ke rumah mereka untuk menghabiskan cuti sekolah di sana. dalam perjalanan kami singgah di sebuah 'supermarket'. Sebab penggal baru sekolah pun dah nak buka, arwah Mak Ngah memberi sejumlah wang kpd Abg Wan, Kak Cik Fairus dan Kak Najah cukup-cukup untuk membeli keperluan sekolah. dan semasa kami berempat memilih barang. Abg Wan menyuruh aku membeli apa-apa yang aku ingin. Dia belanja katanya.

Awalnya aku menolak. sebab aku tahu mereka lebih memerlukan duit itu utk sekolah. tapi Abg Wan berkeras mahu belanja aku. dan aku akur kehendaknya dengan membeli sepasang getah rambut.

"takpa..ambil je..adik Mahfuzah nak beli apa ambil ja"

aku terharu. dalam keadaan begitu. mereka masih begitu prihatin dengan aku. bukan soal harga atau jenis barang yang aku ingat. tapi kasih sayang mereka sebagai saudara yang sangat aku kenang.

Pak Ngah orang berniaga. Mereka ada kedai makan yang terkenal di Kodiang. dan Abg Wan antara anak yang banyak mewarisi bakat perniagaan ini. Abg Wan juga anak yg sangat rajin membantu di kedai. setiap kali kami mengunjung. Abg Wan pasti pulang membawa makanan untuk kami. Bihun Sup Pak Ngah memang tak ada galang ganti. sangat sedap!

Masa arwah Mak Ngah meninggal. Abg Wan anak yang cukup tenang semasa mengurus jenazah. tiada air mata yg mengalir. mungkin juga aku tidak nampak waktu lain. tapi, ketenangannya sehingga masih mampu mengukir senyum pada aku. senyuman yang penuh ketabahan. ketenangan. dan keredhaan akan ketentuan Allah. dan sewaktu aku sangat2 tidak berdaya untuk menghulurkan apa2 bantuan. hanya doa mampu diberi agar mereka sentiasa tabah, sabar dan dalam rahmat Allah sentiasa menghadapi ujian ini.


Lima tahun berlalu selepas pemergian arwah Mak Ngah. kehidupan diteruskan penuh tabah. namun bayangan. kasih sayang. kemesraan. kucupan. dan dakapan mesra arwah masih aku rasai. aku sangat merindui arwah. seorang ibu saudara yang cukup dekat di hati aku. penuh dengan ingatan aku. melihat kebahagiaan warisnya. aku tumpang gembira. Alhamdulillahhh...semoga bahagia dan rahmat sentiasa buat mereka ya Allah...

bisik-bisik: Al-fatihah. semoga roh arwah dicucuri rahmat.aminnn...

No comments: