Sunday, March 28, 2010

C.I.N.T.A (ii)

terbaca sebuah tajuk yg memikat hati...aku mengubah sedikit mengikut kesesuaian diri..heee

"Kenangan pada Kasih Yang Tidak Kesampaian"

dah lama nak cerita..kisah ala2 jatuh cinta kononnya..dulu ingat nak coret dalam novel..tapi macam lambat sangat jadi coret kat sini sajalah.

tadi, baru telefon mama&abah. sembang2. sempat mama maklumkan tentang perkahwinan seseorang yang selamat berlangsung hari ni.

Ya Allah..Alhamdulillah...tak tahu kenapa rasa gembira sangat hati ini...

terus saja mood nak post entry mencurah-curah.

hmm..rasanya cukup sajalah aku gelarkan insan itu si A.. dan cerita itu pun bermula...



A ketua pengawas. tingkatan 6 di salah sebuah sekolah premier di Alor Setar. aku pelajar baru. tingkatan 6 di sekolah tersebut. sebab kecewa tak dapat matrikulasi. aku berazam meneruskan di tingkatan 6. aliran sains.

pertama kali bersua. ada sesuatu yg menarik utk aku mengenalinya. tapi. tiada perkenalan yg berlaku antara kami. 3 hari dalam minggu suaikenal. aku ditawarkan matrikulasi Arau bagi pengambilan kedua.

dalam dilema. samada utk terus kekal atau keluar. dan demi sebuah peluang yang hanya sekali. aku meneruskan langkah ke Perlis. namun, ada sisipan pesanan buat seorang teman.

"aku ingin kenal dia. tolong aku"

teman aku nan seorang ini sangat amanah orangnya. dengan bantuan dia. A dan aku berkenalan. perkenalan biasa bagi dia. tapi yang berbunga bagi aku. dan sudah tertulis bahwa mmg antara A dan aku ada kaitan yg tertulis.

buktinya. bapa A dan mama rupanya saling mengenali. ahh..memang dunia ini sngt kecil...kebetulankah semua ini atau segalanya sudah ditakdirkan.

perkenalan kami berlaku seperti biasa. tapi bagi insan naif seperti aku. harapan sentiasa berbunga. sehinggalah...
.
.
.

"aku cuma mengganggap Mahfuzah seperti adikku sendiri"

dan saat itu juga aku mendapat khabar bahwa dirinya telah berpunya.


Ya Allah..
hanya Dia yang tahu bagaimana rasa hatiku saat itu.

terus saja aku terduduk sujud.
menangis penuh sendu.

saat aku meminta kepastian darinya.

"kalau sekalipun saya sudah memiliki, saya tidak rasa saya perlu memberitahu Fuzah"

.

.

semester pertama di matrikulasi berakhir dgn air mata dan hati yg remuk rendam.

dan aku mulakan semester kedua dengan penuh azam. tiada lagi panggilan telefon. tiada lagi bunyian sms. penuh dalam hatiku. penuh dalam jiwaku. hanya cinta kasih Allah. aku pasrah. biar saja pelajaran menjadi fokus utama aku kini. biarlah segala ini menjadi kenang-kenangan.

namun ada janji yang terpatri dalam diri. dirinya akan benar2 aku lepaskan pergi jika...

"abang dapat mana?"

"tak dapat mana pun"

"fuzah dapat mana"

"USM"



Ya Allah.
kiranya inilah jawapan isthikarahku padamu.
hilangkan dia dari hatiku.
berilah ganti yang lebih baik untukku dan untuknya.


* * *

Selamat Pengantin Baru

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kalian

terima kasih kerna hadir mencipta

"Kenangan pada Kasih Yang Tidak Kesampaian"

1 JempuTlah BerbisiK:

noorakmar said...

cik mahfuzah, touching sebentar baca kisah u ni...tp percayala, Allah itu Maha Adil..Dia ciptakan insan yg terbaik untuk kite semua..=)
by the way, sape baby comel tu? dah ade gaya dah jadi ibu mithali...