Monday, March 29, 2010

Rindu yang tertitip

petang tadi aku ditemu ramah Berita Kampus. tentang Earth Hour. usai sesi temu ramah. ada angin rindu yang menyapa. masakan tidak. soalan lazim yg sering ditanya.

"macamana akak boleh kerja HEP kalau akak bukan MPP"

aku senyum. kulihat wajah mereka satu persatu.

"apa perlu masuk MPP baru blh berada di sini?"

aku nampak wajah mereka penuh tanda tanya. sambil bersedia menanti jawapan penuh erti.

* * *

adanya aku di sini. bukan kerna diri aku sendiri. tapi atas rahmat DIA. dan adanya aku di sini. adalah atas titisan jasa bakti mereka-mereka yang pernah bersama. mengharungi suka duka sebuah perjuangan. yg kini masih diteruskan.

kalau dikatakan aku adalah pengasas projek "The White Coffin". insan yg pertama terlintas di fikiran adalah...


Mervin Low Ze Han

aku dan dia berkongsi cita-cita yg sama. impian kami serupa. cuma jalan takdir kami yang berbeza. oh ya...jangan salah faham. dia bukan kekasih hati. dia cuma teman tapi mesra...heheeee...

TWC adalah idea asal dia. buah fikirannya. hasil inspirasinya. waktu itu aku tidak tahu apa2. yg aku tahu adalah cuma mahu bekerja...hinggalah... takdir menetapkan dia pergi meninggalkan aku. cintanya pada Matahari Terbit lebih menuntut utk dia ke sana...dan tinggallah aku di Pulau Mutiara. terkontang kanting mencari arah untuk merealisasikan impian bersama.

aku hanyalah pelaksana. menunaikan apa yg pernah aku janjikan. dgn rasa penuh bersendirian...keseorangan... dan dalam diiringi keyakinan bahwa Allah sentiasa bersama. maka tertunailah janji DIA dengan menghadirkan insan2 yg sama-sama jatuh.sama-sama bangun. sama-sama berair mata. sama- sama bergelak ketawa. walaupun berbeza agama. mahupun bangsa. kasih sayang mereka buat aku terus bangun. sokongan dan semangat mereka buat aku terus berdiri...hingga saat ini...



dua tahun sudah berlalu. bersama masa dan waktu yg tak akan menunggu. berlalu membawa angin kenangan penuh rindu. rindu pada teman-teman yang tak pernah jemu.

* * *

"kak sedih ke tinggal sorang saja kat sini"

"sedih?"

ketawa lucu aku mengerutkan dahi mereka.

"berada di tempat yg pernah kami semua cipta sejarah dan kenangan. masih perlukah istilah sedih?..hmmm"

senyum...

"kat mana mereka semua sekarang kak?"

senyum...

dada rasa sebak. mulut rasa pahit. mata tak henti2 berkelip.

"dalam hati..."

No comments: