23 hingga 25 Feb 2010
salah sebuah projek bawah seliaan aku sudah berlangsung. Green Lung Carnival 2010...atau lebih dikenali sebagai sebuah pertubuhan yg memperjuangkan tentang isu asap rokok, gejala merokok dan apa-apa saja yg berkaitan dengan rokok. merekalah tentera-tentera yg akan berjuang.
jujurnya, isu rokok bukan satu benda baru....tambah lagi utk muslimat...sudah dikeluarkan fatwa tentang hukum haram pun, tapi bagai tiada makna.yela. rokok tu dah jadi makanan..tak makan seharian tak apa tapi jangan tak hisap rokok..fuhh..tapi peliknya..masa puasa boleh pula...
untung...aku dilahirkan dalam keluarga yg tidak merokok. dua orang abang dan seorang adik lelaki aku kira cukup mencabar abah dan mama dalam didikan isu merokok. dan didikan abah aku kira cukup sempurna sebab abah sendiri tidak merokok, jadi tiada alasan utk adik beradik aku untuk merokok.
paling aku ingat...pertama kali Najib akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah. dalam kereta. abah memberi pesan..hmm...mungkin lebih sesuai aku katakan memberi amaran...
"Mohd Najib Othman...abah tidak merokok. abang kit pun tidak merokok. abang an pun tidak merokok. kalau abah dapat tau adik merokok...SIAP!jangan pernah sentuh pun"
itulah amaran rokok yg pertama dan terakhir daripada abah. dan sepanjang proses pembesaran kami semua...aku kira...pesanan itu berhasil...didikan melalui teladan lebih berkesan...hakikatnya...manusia itu lebih terkesan melihat perbuatan daripada perkataan..well, action tell more than words.
Namun, pernah sekali keluarga aku kecoh apabila ada berita tentang salah seorang putera abah mama merokok. sebabnya, terjumpa kotak rokok di sebuah lokasi yg memang disorok. Dalam cerita aku dengar mama berkata.
"mama percaya akan anak2 mama. mama dan abah dah beri didikan yg secukupnya. hangpa semua dah besar dan cerdik untuk menilai baik buruk. mama dan abah sentiasa doa yg terbaik untuk anak2"
aku mesti saja tersentuh. namun dalam diam aku yakin itu hanya khabar angin. walau ada ragu, aku berserah. andai benar..berikanlah petunjuk dan hidayah pada mereka yang kau kehendaki. andai tidak..lindungilah kami sekeluarga.aminnn...
Apa-apa sekalipun. didikan, kesedaran,dan ilmu pengetahuan sangat penting...oh ya..jangan lupa pada doa..itulah perisai paling azali...dan ibubapalah tonggak paling utama. teringat masa jalan-jalan melawat pelbagai pameran di GLC 2010 ni, telinga aku sempat menangkap nasihat seorang peserta pameran yang juga seorang lelaki kepada pengunjung2 sekolah remaja perempuan.
"kamu nanti nak cari suami jangan cari yang merokok!"keras dan tegas.
pesanan ikhlas itu disambut meriah dengan gelak penuh malu-malu oleh adik-adik perempuan remaja dari sekolah jemputan.
"eh betul ni...sebab apa saya kata macam tu..sebab..lelaki yang merokok ni, akan mandul..mereka ni akan ada masalah kesuburan"terang si lelaki penuh informasi.
dan ketawa adik-adik remaja perempuan pun semakin bergema. entah suka. malu. atau teruja.tapi itulah hakikat yang nyata. lantas, aku pun berlalu sambil sempat menjeling tersenyum. oh ya...terlupa nak angkat ibu jari tanda bagus atas pesanan yg sangat berguna.
bukan tidak ada kisah org yg merokok berjaya untuk berhenti. InsyaAllah..tiada yg mustahil dalam hidup ini...
bisik-bisik int@n: tidak merokok adalah syarat kedua dalam borang permohonan calon suami.. :D..
1 comment:
Tahniah. Syabas.
Post a Comment