Saturday, August 21, 2010

Lambaian Kasih Teratak 97-7-6

Tahun 2010 menyaksikan seorang demi seorang ahli teratak 97-7-6 melangkah pergi demi menyambut status diri yg telah berubah. dan mereka ini pergi dengan kenangan penuh makna untuk kami kenang bersama-sama.

Kak Erni Rohaiza

Kakakku nan seorang ini sangat sibuk orangnya. Masanya untuk kami boleh dihitung jari. Namun, kenangan kami bersama cukup bermakna. InsyaAllah aku tak akan lupa kenangan bersama ketika ke Kolej Mara Kuala Nerang, pulang ke kampung halamannya di Changkat Jering, dan banyak lagi.

Aku sedari kakakku nan seorang ini sangat tabah dan redha orangnya. Dia redha dan ikhlas menerima segala ketentuan buatnya. dan aku sangat banyak belajar tentang erti kehidupan dengannya untuk sentiasa tidak mengalah dengan apa-apa sahaja cabaran. Jauh di sudut hati, aku sangat berbangga dengan semangatnya dalam bidang perniagaan dan sentiasa berdoa semoga dia dan bakal suami akan berjaya di dunia dan akhirat.

Kak Erni,
banyak kisah suka duka kita bersama. Fuzah redha kita tak sempat bertemu buat kali terakhir kerna yakin InsyaAllah suatu hari nanti kita pasti bertemu. Mohon ampun dan maaf atas segalanya. Halalkan makan minum fuzah dan segala ilmu yg dicurahkan. Terima kasih atas kasih sayang akak pada Fuzah. Salam ucapan tahniah dan berbahagia buat kakak dan Abg Zain. Fuzah sentiasa doakan bahagia kalian dunia dan akhirat...aminnnn...


Kak Yan@Azian Khalid


Kak Erni dan Kak Yan adalah antara senior teratak 97-7-6. semasa aku mula jejak kaki di 97-7-6 pada 2008, kami jarang sekali beramah mesra kerna masing-masing terikat dengan komitmen di luar kawasan. namun 2009 menyaksikan kami telah berjaya mencipta suka duka bersama untuk menjadi kenang-kenangan buat titian sebuah kehidupan. Dan kali ini Kak Yan juga pergi demi memenuhi tanggungjawab seorang isteri untuk berada di samping suaminya. walau berat rasa hati, rela juga hati ini melepaskan Kak Yan pergi. kerna aku tahu, ini lebih membahagiakan Kak Yan yg juga sedang sarat mengandung anak sulung.

Kak Yan banyak mengajar dan banyak juga yg aku belajar. tentang erti ketabahan, keikhlasan, keredhaan dan ketulusan. tentang seorang anak, kakak, adik, teman, isteri dan insyaAllah seorang ibu. Paling tidak akan aku lupa, Kak Yan banyak 'mendidik' aku tentang betapa agungnya pengorbanan seorang ibu. dan benarlah sesungguhnya memang selayaknya syurga itu di bawah telapak kaki ibu...

Kak Yan,
terima kasih atas segalanya. Salam bahagia untuk kakak dan suami serta anak yg bakal hadir ke dunia. InsyaAllah, semoga kita akan bertemu suatu masa nanti dan semoga ukhwah yg terjalin terus dalam rahmatNYA.

Kak Noor Syahida



Kak Syidah hadir ke teratak menggantikan Kak Wahidah. dan dia juga akan menyusul pergi untuk melangkah menuju ke alam rumahtangga. walau masih terlalu awalnya rasanya untuk entry ini ditulus buat kakak, tapi tidak salah rasanya untuk mencoretkan sedikit buat kenangan kita bersama.

Terima kasih kakak atas segalanya. terima kasih atas keluangan masa kakak dengan saya dan keluarga, terima kasih atas kenangan yg sangat bermakna antara keluarga di India dan Sri Lanka. Sungguh jalinan ukhwah yg terbina ini sungguh bererti buat saya dan keluarga.

Belum terlambat dan cukup awal untuk saya mengucapkan tahniah buat kakak dan Mehboob. Saya sentiasa mendoakan bahagia kalian berdua dan terus tabah menempuh cabaran hidup sebagai suami isteri. InsyaAllah. tulus hati saya, sangat bahagia mempunyai kakak dan abang seperti kalian berdua.

* * *

Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya Segala puji hanyalah untukMU. Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
terima kasih kerna menghadirkan insan-insan mulia ini dalam hidupku.

Ya Allah Ya Tuhanku
Penguasa langit dan bumi. Pemilik Alam semesta dan segala isi.
Aku mohon agar KAU bahagiakan insan-insan mulia ini dunia dan akhirat nanti. kukuhkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang demi atas nama CINTA kepadaMU Ya Rabbani.
kerna betapa telah aku yakini hanya kerna ENGKAU jualah setiap pertemuan dan perpisahan ini terjadi.
Maka, redhai dan rahmatilah kami.
dunia dan akhirat abadi.

2 comments:

noorakmar said...

sedey......apapun, hidup ini mesti diteruskan..bak kata fuzah, yang patah tumbuh yang hilang berganti..terima kasih atas segalanya buat kak erni, kak yan dan kak shida...doakan kebahagiaan kami semua juga....

kak erny said...

jgn la sedey kema.. ada jodoh, kita semua akan berjumpa lagi.. fuzah, akak pun nak mintak maaf byk2 dan halal kan segala2nya k.. kak eni akan ingat uols semua.. thanks for everything..:)