Wednesday, August 10, 2011

Aku & Komputer I

aku mula kenal dgn komputer semasa usia 11 tahun iaitu 14 tahun yg lalu. waktu itu kalau ditanya di dalam kelas rumah siapa yg ada komputer, bilangan itu boleh dibilang dgn jari malah mungkin saja tidak sampai 5 jari. dan disebabkan sudah ada komputer, aku dgn gigihnya telah mengambil kelas komputer di sekolah dgn seorg teman. Farah namanya jika tak salah aku. (apa khabar dia skrg). masa tu rasa susah sungguh nak faham komputer ni. 'enter', 'backspace', 'escape' dan lain2 lagi semua dicatat dalam buku nota. aku tak rasa apa yg aku belajar aku faham sangat. tp sbb di rumah ada komputer, lama2 aku faham sendiri bagaimana nak guna komputer.

semasa aku di sekolah menengah. kempen satu rumah satu komputer giat dijalankan. dan sebab aku sekolah luar bandar, bilangan yg memiliki komputer masih boleh dihitung. sebab itu jg aku pernah diminta oleh seorang guru utk bantu cetak sijil2 PBSM dan masih aku ingat hadiah sebuah beg sandang kecil warna merah tanda terima kasih drpdnya. rasa terharu sbb mmg niat nak menolong. dan beg itu elok hingga kini.

semasa di matrikulasi. penggunaan komputer bimbit@laptop semakin mendapat tempat. tp tidak seperti sekarang, bilangan yg memiliki laptop jg boleh dihitung. mungkin kerana laptop masih mahal, berat dan tak banyak pilihan. ataupun sebab takut hilang. jd kalau sapa yg ada laptop sendiri kira agak hebatlah...dan waktu itu aku tidaklah kisah sangat sebab tak banyak tugasan yg memerlukan penggunaan laptop. kalau perlu pun aku boleh pulang ke rumah dan selesaikan di rumah.

hingga aku masuk universiti tahun pertama. Abang Kit lah yg beria-ia nak aku punya laptop sendiri. katanya nnti mudah utk aku buat tugasan. dan antara mahu dgn tidak, aku akhirnya memiliki sebuah laptop jg jenama Acer, processor Celeron (salah maaf ya). dalam tak beria2 sangat pun aku seronok jg dpt laptop siap letak wallpaper cantik2. malah jalan peluh2 usung laptop yg berat ke Pusat Komputer utk daftar wifi USMhotspot.

kemudian, penghujung tahun pertama tak salah aku ada hal yg menyebabkan aku terpaksa bg Acer kpd Abang Kit. lupa pula sebabnya tp hati aku pasrah saja. lagipun bukan duit aku kan. rela jg sbb Abang Kit janji akan ganti dgn yg baru. hingga akhirnya aku dapat laptop baru jenama HP Compaq processor Pentium M. kata Abang Kit, inilah yg terbaru. ada itu ada ini. macam2 lah istilah yg aku tak faham. dan aku pun tak kisah sangat sbb dah ada laptop pun aku dah syukur. lagipun aku tahu yg Abang Kit mmg akan pilih yg terbaik. malah sejak itu jg aku rasa yg laptop memang sangat berguna. sementalah tugasan yg memang banyak. ye lah kan. universiti bukan matrikulasi.

aku dan Compaq setia hingga sekarang. kira dekat 5 tahun la kami bersama. dah merata-rata aku bawa Compaq. Eropah, Jepun, dan Hong Kong antara tempat yg Compaq dah aku bawa bersama. malah Compaq jg yg bantu aku utk siapkan tesis projek tahun akhir ijazah pertama dulu. seminggu kami berkampung di Perpustakaan Hamzah Sendut 2 utk siapkan literature review dan siapkan writing. Compaq jg banyak bantu aku siapkan slide ceramah/taklimat utk aku berikan dr bergelar pelajar hingga sekarang. dan walaupun Compaq dah lama, berat dan outdate tp ia masih elok. malah seingat aku Compaq tak pernah buat hal atau apa2 yg buat aku rasa nak tukar laptop sekarang tu jg. aku sayang Compaq!



No comments: