Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir buatmu...
tak sanggup nak aku bayangkan dan setiap kali ayat ini aku lafazkan pd diri..aku terasa dada bagai sempit!lakukan yg terbaik buat kali ini...
mungkin saja dgn suasana yg baru. ramadhan kali ini membawa aku untuk lebih berdikari. siapa menduga aku akan berada di sini..akhirnya...yg apabila difikir2...aku hanya seorang diri. pernah sewaktu ketika dulu..semasa aku ingin menduduki peperiksaan utk ke sebuah universiti luar..aku dikatakan seorang yg cukup berdikari..difikirkan kembali..mungkin juga...dari Alor Setar ke Kuala Lumpur..seusia 19 tahun seorang diri...anak dara sunti...menumpang di rumah saudara...demi mencari sebuah pilihan kehidupan yg sebenarnya bukan untuk aku...buat aku lebih belajar tentang erti hidup...bahwa takdir Allah itu lebih indah...
itu belum kira keseorangan aku ke tempat2 lain samada dalam mahupun luar negara. tetap ada berbekalkan bantuan tapi direnung2..aku tetap hanya seorang diri...maka hikmah yg paling dalam aku syukuri adalah syukur serta terima kasih pada mama & abah atas kepercayaan yg utama atas diri aku.
kepercayaan dan kebebasan mereka pada aku tiada bandingan. jika direnung kembali...ibubapa mana yg akan melepaskan anak gadis mereka...apatah lagi satu-satunya anak gadis..utk pergi ke sana sini tanpa punya perasaan bimbang, risau, takut atau syak wasangka. namun apapun perasaan itu, mama & abah adalah insan yg terbaik dalam memberi kepercayaan dan kebebasan utk aku...atas dasar itulah..aku tidak sanggup..sesekali tidak sanggup utk merosakkan kepercayaan mereka itu.
masih aku ingat, sewaktu aku masih remaja belia..boleh dikatakan setiap minggu aku akan keluar bersuka dgn teman2 dan setiap kali itu jg mama akan menghulurkan wang saku yg pada ketika itu bukan sedikit jumlahnya. tapi mungkin berkat maksud namaku "Yang Terpelihara" aku tidak pernah terfikir utk melakukan perkara yg bukan2...mungkin ini berkat doa mama & abah yg tak putus-putus buat diri...syukur alhamdulillah...
dan Ramadhan kali ini buat aku utk berfikir. berfikir. dan berfikir. walau pasti ada yg cukup terbatas. aku berfikir dan sabar menanti tentang segala hikmah buat diri. yg aku dapat renungi bahwa apa sahaja yg berlaku dalam hidup ini adalah sesuatu yg pernah aku impi dan inginkan. cuma samada jalanan takdir itu tidak berlaku 100% seperti yg diinginkan..pastilah takdir Allah itu lebih indah.
Ramadhan semakin pergi...menjawab pertanyaan teman2 tentang kelapangan masa utk berbuka puasa bersama-sama buat aku sedikit ralat..maafkan aku...sedangkan bersama mama & abah pun hanya dua kali kesempatan kami berbuka bersama..dan aku sendiri sedang mencari sedaya upaya ruang2 masa utk bersama2 kalian...mencari keberkatan persahabatan dalam mulianya Ramadhan...
InsyaAllah jika diizinkanNYA pasti akan ada...dan dalam kesibukan mencari kelapangan waktu itu, syukur aku masih diizinkan utk bersama-sama mereka samada bersahur atau berbuka bersama. berbuka bersama warga 97-7-6, bersahur bersama Wan Farah & Ella, berbuka dgn Mak Lang serta dgn mereka2 pada majlis2...syukur..ada kenangan dan sejarah Ramadhan kali ini...
semoga akhir ramadhan kali ini buat aku lebih bersyukur, dirahmati dan diberkati...redhai aku Ya Allah...
No comments:
Post a Comment