mengambil kira aku sedikit punya waktu lapang dan ajakan Norji yg turut ajak pergi melawat..petang semalam jg aku terus memandu ke hospital besar Pulau Pinang. benarlah...apapun yg paling baik adalah melihat dan mendengar dr sumber itu sendiri. Dr sendiri terkejut apabila dimaklumkan dia dimasukkan di wad ICU. sedang Dr hanya berada di wad biasa walaupun agak teruk kecederaannya tapi melihat Dr masih kenal aku dan boleh berbual ketawa, aku sedikit lega. namun hati tetap sayu melihat Dr. Semoga Dr cepat sembuh...
aku dan Dr tidaklah terlalu rapat tapi antara kami banyak kenangan dan hubungan tercipta. dan Dr antara pensyarah yg paling aku sayang. Dr adalah pensyarah merangkap supervisor projek tahun akhir semasa undergrad dulu. Dr jg adalah penasihat Persatuan Biologi dan aku sebagai salah seorang exco persatuan, banyak aktiviti yg buat kami jadi rapat. Semasa penubuhan semula Kelab Alam Sekitar dulu pun, Dr banyak bagi sokongan hingga sudi jadi penasihat KAS dan banyak sokong aku dan kawan2. dia jg yg menjadi asbab untuk aku ke China dan Jepun suatu ketika dulu. dikenang-kenang...banyak budi baik Dr yg hanya Allah mampu membalasnya...
Hanya Allah yg tahu segala gelodak hati Dr..dan aku yakin Dr seorang yg cukup tabah. matanya cukup utk menggambarkan segalanya. InsyaAllah..Dr akan cepat sembuh dan selamat bertugas seperti biasa...amin...
No comments:
Post a Comment