Wednesday, June 3, 2009

Aku faham maksudmu teman

terbaca pendapat daripada blog seorang teman dan kemudian meninggalkan jejak yang mungkin telah menyentuh hatinya. aku hanya mampu tersenyum. maaf teman. mungkin kerna situasi kita sekarang yang berbeza menyebabkan pendapat juga mula berubah cara.

jujurnya. terlibat secara langsung dalam arena pentadbiran. tidak pernah terlintas di hati ini. jujurnya. hati ini terlalu rindu akan suasana menuntut ilmu dalam berjihad mencari kebenaran. tapi Allah pasti apa yang terbaik. padanya kita berserah.

teman. aku memahami maksudmu. malah aku akui segala kebenaran kata-katamu. kerna pelajarlah maka pihak2 pentadbiran wujud. dan hakikat sebenarnya. USM lebih terkenal bukan kerna pentadbirannya tetapi kerna pihak akademiknya dan pelajarnya yang terbaik. menyumbang bakti tanpa kenal erti jemu. mencari kebenaran nan satu. sungguh.Hanya Allah mampu membalasnya.

malah. hakikatnya juga. aku sendiri merasa kecewa dan keliru dengan kebenaran yang ada. dan sering aku bertanya. mengapa aku di sini?? sehinggalah seseorang menyatakan.

Mahfuzah. usah kerna kau menganggap semua daripada kami seperti yang dikatakan. ya. memang betul. ada segelintir pihak yang seperti yang dianggap. tapi ingat. masih ada mereka2 yang sentiasa berusaha menjadi dan memberi yang terbaik. masih ada mereka2 yang berusaha keras siang dan malam mengabdi diri utk memberi yg terbaik. tetapi kerna asas dan dasarnya sudah begitu. apa sj yg kita buat baik sekalipun. orang tetap tak akan nampak. sebabnya. yang baik itu sangat sedikit.

dan Mahfuzah kena ingat. bahwa Allah lebih tahu apa yang terbaik utkmu. kerna itu kamu di sini.

aku pernah menangis. menangis mengenangkan kenapa hakikat begitu menyakitkan. dan utk mengubah sesuatu yang sudah sebati dalam diri. malah berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam. dugaannya pasti berbeza. manusia itu penuh rasanya. ada mata utk melihat. ada telinga utk mendengar. ada mulut utk berkata. nampak mudah. kenyataannya. Allah lebih mengetahui.

malah. status APEX juga punya cerita yang tersendiri. sungguh Allah lebih tahu. dan pastinya. kerna peristiwa yang tak disangka ini. ibarat kerna nila setitik habis susu sebelanga.

namun. segalanya sudah berlaku. tiada masa utk bersedih walau hakikatnya. sungguh ramai yang sedih dan kecewa kerna terasa segala usaha keras selama ini bagai menuang air di daun keladi. biarlah hanya Allah yang mengetahui.

pernah seorang menegur aku. 'Hang fuzah, mestilah sokong sebab hang sekarang dan jadi geng tu'. aku hanya senyum. percayakah dia kalau aku kata aku sendiri tak pernah menduga 'dunia' ini akan aku jengah. dan buruk mana pun sekalipun organisasi aku ini. kalau bukan aku yg nak menyokong siapa lagi? umpama orang luar yang mengutuk keburukan ibu atau bapa kita. anak mana yang tak terasa. walau hakikat itu benar. tapi hati tetap terluka.

hidup masih panjang. perjalanan masih jauh. masing2 punya tanggungjawab dan amanah. aku juga pernah bergelar pelajar yang seperti kalian memandang sepi hampa akan pihak pentadbiran. dan aku yakin. Allah sedang menguji aku dalam mencari erti kebenaran bahwa kasih Allah itu sangat luas.

percayalah. masih ada antara mereka. yang tidak tidur malam menyiapkan kerja. masih ada antara mereka yang berkorban harta dan benda. masih ada antara mereka terpisah jauh daripada keluarga. dan segalanya.biarlah menjadi rahsia. antara hamba dan Pencipta.

teman. maafkan aku andai hatimu terguris. kita sebenarnya bersama2. mencari kebenaran dan rahmat kasihNYA.

bisik-bisik: di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.


3 JempuTlah BerbisiK:

Hafezul said...

Pencuri tidak akan mengaku mencuri walau ia mencuri untuk memberi makan kepada orang susah. Namun seperti y telah dikatakan, ketidakadilan umpama bangkai gajah y hendak dilitupi dengan dedaunan pasti mustahil. Tingkatkan integriti, kurangkan memberi alasan.

Ipoh Mali said...

Akak.

Manusia lahir dengan segala kekurangan. Atas hakikat itulah manusia membuat kesilapan. Kesilapan mendidik kita mencari kebenaran hakiki.

kepada Fizul,
Bangkai apapun perlu ditanam.
Suatu masa nanti ia pasti tumbah pohon yang subur dan menghijau kerana bangkai telah menjadi baja.

CHEDEM said...

Fuzah sabar je la.Mereka2 itu mudah aja melontarkan tohmahan.Manusia tidak pernah lari dari kekhilafan.Tiada yang sempurna.Jika berlakulah kekurangan,jangan gentar atau takut.Kerana gentar &takut kita milik Allah swt semata2.Tapi belajar dari kesilapan itu yg penting.