Friday, August 7, 2009

mungkin ini hadiahNYA

6 Ogos 2009
15 Syaaban 1430

Sungguh terlupa aku akan hari penuh berkat ini. nasib baik di malam hari ada ingatan daripada seorang teman menyedarkan. maka berniatlah hati untuk berpuasa sunat bersama teman-teman serumah yg lain. sempat bangun sahur berjuadahkan nasi lemak yang boleh dimakan seramai lima org. dan terus bersemangat utk memulakan hari yg penuh berkat.

Sebabkan dila kena jaga bilik gerakan H1N1 maka aku sukahati mengambil alih tempatnya sebentar. alasan juga tak larat nak panjat tangga naik office kat atas. huhuhu..tup2..kak Dah bagi cucur keria. tanpa fikir panjang. aku terus telan tanpa rasa was-was. elok masuk sistem penghadaman.

Ya Allah! aku puasa la!!! (sambil ternganga dgn mata terkebil2)

terus langsung aku lari ke toilet dan cuba muntah. huh..berjayakah?!..mestilah tak...dan aku terus saja redha dan pasrah sambil yakin..mungkin sudah rezeki aku...hehehe...first time aku sangat terlupa..apakah memori aku semakin menipis?oh tidak!!!

duduk sambung kerja. detik demi detik. aku mula rasa tak selesa. apahal semacam saja ni. tanya kak Ina. ada tak barang tu. ada. jawab kak Ina yakin. terus aku buat pemeriksaan peribadi. hua3...patutlah. rupanya Allah bagi tanda awal kat aku.

petang. dapat panggilan daripada seseorang. dan...aku tetiba rasa tiada perasaan....

Ya Rahman...
maka yang mana satu nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?

2 comments:

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

Salam...

Fuzah,
huhu...
Petanda awal tu...

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

nisfu syaaban ni menyuruh kita berubah sikap pada yg xelok kpd yg baik...tp ramai lg yg masih dlm keadaan penuh dosa...yg xtakut mati..