Tuesday, September 15, 2009

Diary 28

12 September 2009.
Program Khidmat Komuniti 1Siswa 1Malaysia
Kampung KEDA.
Mukim Sungai Kecil Ilir.
Bandar Baru.
Kedah.

terus terang. aku tak pernah berpeluang atau ambil peluang untuk join mana2 program anak angkat sepanjang belajar di kampus dulu. bukan tak ada. tapi selalu saja ada kekangan2 yang akhirnya peluang utk merasa ada famili angkat terkubur harapan.

Tapi. akhirnya. atas jemputan sebagai penceramah dan 'pegawai pengiring' (yg tak iring apa2 pun). akhirnya dapat juga aku merasa gembiranya dapat famili angkat walau cuma sehari cuma. Thanks kat mak cik, pak cik, Ida, fizul sebb sudi terima kami seadanya. dah la dok rumah org macam rumah sendiri. mmg tak malu.heee..

tapi..apapun..mmg best sangat! alhamdulillah. Allah izinkan diri ini merasa nikmat & pengalaman yg tertinggal dulu. walau dalam keadaan status dan tugas yg berbeza tapi rasa itu tetap sama.

suasana kampung yg cukup damai. adik2 yg ramah dan aktif. makcik2 dan pak cik2 yg rajin. semangat gotong royong. kejiranan yg tinggi dan kasih sayang yg erat. cukup aku kagum.

setiap kali ada jemputan adik2. aku sentiasa ingatkan diri utk belajar sesuatu. dan pastinya program kali ini buat aku banyak belajar. belajar tentang menghargai erti kehidupan. bahwa aku sebenarnya sangat beruntung dan bertuah. walau tak semua yg aku inginkan dapat dimiliki. sekurang-kurangnya aku tak pernah lapar. tempat berlindung yg selesa. keluarga yg sentiasa bersama. segalanya cukup.

dan. walaupun mereka hidup dalam keadaan yg susah. kasih sayang keluarga dan sesama jiran sangat kuat. sungguh. aku cukup kagum. terasa ada sayu di hati. bahwa aku perlu hargai setiap yg aku ada. sebaik2nya. dengan lafaz dan tunduk syukur sentiasa untukNya. syukur Ya Allah.atas segala nikmat yg tak mampu aku dustakan.









No comments: