Thursday, September 17, 2009

Semoga Lebaran Lebih Bermakna

4 perkataan yg tersurat. penuh tersirat. dan itulah harapan setiap kali lebaran menjelang. cepat sungguh masa berlalu. masih terasa suasana hari raya tahun lalu. tahun yg penuh menguji. tahun penuh sejarah dan kenangan.

maaflah. sebab asyik terkenang masa lalu. walau kaki melangkah ke hadapan. rasanya tidak salah utk menoleh sebentar ke belakang..

InsyaAllah. lebaran kali ini lebih bermakna. walau terasa Ramadhan kali ini agak hilang fokusnya. gangguan jiwa, perasaan dan semangat yg turun naik. demi menghadam sebuah erti kehidupan baru. namun. utk menafikan segala nikmat yg tak terduga. tidak pernah terlintas di jiwa. mungkin saja ini ujianNya. menduga aku dgn segala nikmat dunia. sementara cuma.



Semoga Lebaran kali ini lebih bermakna.

1. Mama, abah, abg kit, abg an dan najib.
Semoga lebaran kali ini lebih mengeratkan kita. menyatukan kita. menguatkan hati kita. utk terus teguh bersama. walau apapun terjadi. dunia dan akhirat.Insyaallah.

tak lupa khas utk abg tersayang. semoga status baru lebaran kali ini buat abg lebih bahagia dan gembira. tahniah abg!adik doakan semoga Allah sentiasa memberkati mahligai yg akan terbina.

2. buat diri.
ingat segala anugerahNya. syukurilah segala kurniaanNya. status dan kerjaya yg tak pernah disangka. serta Suria yg banyak memudahkan urusan kerja. dan segala pengganti buat kehilangan yg tidak kau relai...semoga lebaran lebih bermakna. Insyallah.

3. buat semua...
walau apapun cerita yg tersurat sepanjang menjelang syawal. aku hanya berdoa. semoga bahagia sentiasa utk kalian. dunia dan akhirat.aminnn...

Semoga Lebaran lebih bermakna.


0 JempuTlah BerbisiK: