Thursday, November 12, 2009

Selamat Pengantin Baru Hafezul & Asshifa


thanks to Shafiq

Tahniah!

Alhamdulillah. Selamat akhirnya pasangan ini menjengah gerbang alam perkahwinan.


Wan Hafezul.

Aku mengenalinya semasa kami bersama2 dalam kelas LKM 400 (Bahasa Melayu) pada tahun pertama. Masih aku ingat. Kelantangan dan kepetahan dia mengeluarkan hujah2 membuatkan aku kagum dan tertanya2 gerangan lelaki ini. Masakan tidak. Pada tahun pertama dan semester pertama saja, sedang kami yang lain sedang berusaha menyesuaikan diri dan hanya mampu mengiakan segala arahan dan suruhan, lelaki ini sudah mampu mematahkan setiap kata2 guru yang mengajar kami. Malah soalan2 yang diutarakan cukup bernas dan berkualiti.

Hari makin hari. Aku makin bangga tatkala mengetahui kami rupanya daripada Pusat Pengajian yang sama malah berasal dari satu negeri. Mana lagi kalau bukan Jelapang Padi. Hahaha...memang agaknya Jelapang Padi ini orangnya lantang2 berani. Oppss....

Apapun. Hadirnya seorang teman bernama Wan Hafezul ini cukup bermakna. Walau kadang kala berbeza pendapat. Dia cukup aku hormati. Seorang yang boleh dianggap seorang abang dan teman. Cinta kasih dan kesetiaannya pada Asshifa cukup mengagumkan aku. Tahniah kalian. Aku yakin tak mudah untuk mengharungi detik waktu yang lama sepanjang gelaran tunangan orang dipegang jika tiada rasa saling mempercayai dan saling menghormati yang tinggi.

Selamat Pengantin Baru kalian.
Aku doakan mahligai kasih yang dibina terus abadi hingga ke syurga. Buat Fezul. Jagailah dan kasihilah Kak Shifa sebaik-baiknya. Tidak mudah untuk seorang wanita membuka ruang untuk hidup bersama, berkongsi susah senang melainkan dengan insan yang paling dia cinta. Yakinilah bahwa dialah yang terbaik disuratkan oleh Rabbani untukmu. Pendamping setia. Pendamai jiwa. Dialah isteri dan kekasih yang akan kau bawa hingga ke istana syurga sana.

Seindah nama. Semulia akhlak. Dialah Asshifa. Penawar segala kedukaan dan kelukaanmu.Insyallah. tempuhilah bahtera rumahtangga penuh sabar dan taqwa. Doa aku semoga redha Allah bersama kalian sentiasa.


Selamat Pengantin Baru
Wan Hafezul & Asshifa
30 Oktober 2009


1 comment:

Zul said...

Aku kna blanja makan ni. Bodek sakan. Begitu lestari,haha. Joking. Thanks anyway..