Tuesday, April 20, 2010

Jangan Runsing2..

Pernah baca buku 'Jangan Bersedih'?

kalau belum...tak rugi jadikan ia sebagai salah satu koleksi peribadi.

pertama kali aku beli tak salah aku dua tahun lepas. tapi sayang. hilang entah ke mana. selepas tu, sebelum berangkat ke UK. aku sempat beli sebuah di Shah Alam. dibukukan dengan saiz poket. mudah dibawa ke mana2. sepanjang aku di UK. buku itulah peneman duka lara aku. heheheh...ada kisah sebenarnya sepanjang pemergian aku ke UK tu...hmmm..InsyaAllah..yakin dan percaya ada hikmah semua itu.

sebenarnya bukan nak buat ulasan buku ni. cuma nak berkongsi hakikat sebenar buku ini adalah agar kita semua sentiasa sabar, tenang, redha dengan segala ketentuanNYA. dipendekkan cerita. Jangan stress!

Baru2 ni aku teman mama ke UUM. ada kem kesihatan. satu ilmu yg buat aku sangat terpana apabila kata mereka.

'salah satu punca penyakit dalam badan kita adalah kerna toksin yg ada dalam tubuh kita. dan salah satu punca penghasilan toksin adalah stress!'

fuh!!ternganga la sekejap mendengar fakta baru bagi aku.

tup2 pagi tadi. sempat dengar MHI. diskusi pasal penyakit apa entah. dr jemputan mengeluarkan kenyataan yg buat aku tambah kaku dan terkebil2 biji mata.

'stress juga merupakan punca2 penyakit kronik apabila perut menghasilkan asid berlebihan yg akan merosakan organ2 dalaman'

hmmm...dahsyat juga ye 'stress' ni...dalam diam boleh jadi pembunuh rupanya. jadi kesimpulannya 'jangan stress' dan 'jangan bersedih' ya...

Oh ya..ni ada tips utk kurangkan atau hilangkan stress...

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

(al-Ra`d:28)

No comments: