Friday, April 9, 2010

Kehamilan Suci

Alhamdulillah. ku panjat puji syukur hanya padaMU ya Rabbi.

kalau sebelum ini aku mencoret kisah walimah dua wanita mulia ini dalam satu entry
(Selamat Menjadi isteri buat teman2ku). kini aku tumpang bahagia dan gembira mendapat berita dua wanita mulia ini akan bakal menjadi ibu.

Kak Yan (Norazian Khalid)...

ada hikmah kakak masih di teratak 97-7-6 bersama kami. jujurnya. inilah kali pertama saya melihat secara dekat keadaan sebenar seorang wanita yg mengandung. melihat keletihan kakak. saya membayangkan kepenatan mama. memerhati ketabahan kakak menghadapi siptom2 awal. saya terkenangkan kesabaran mama mengandungkan saya.

hanya hati mampu berbicara betapa teguhnya iman dan kasih sayang seorang wanita menghadapi 1001 perubahan fizikal emosi demi sebuah nyawa yg akan dipanggil anak. Mama, hanya Allah mampu membalas budimu!!!

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"

(Luqman:14)


Dina,

berbahagialah sahabatku. patrikan sabar dalam jiwamu. kini, kau sedang meniti titian pahala yg hanya diberikan untuk insan yg bernama wanita. dan sungguh hanya DIA Maha Mengetahui untuk memilih wanita mana untuk diuji demi meraih puja puji syukurNYA.

"Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan"


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
(Ar-Rahman:16)

0 JempuTlah BerbisiK: