Wednesday, April 7, 2010

Pudarnya Iman, Hiraplah Kasih Sayang...

sebab sibuk dengan kerja dan sekolah. tiada orang yg mampu jaga anak-anak kucing pelarian yg semakin beranak pinak di rumah kami. keputusannya. satu petang yg agak mendung. aku dan mama berkejaran mengutip anak-anak kucing untuk kami 'buang' di lokasi paling banyak makanan.


pasar.


sampai di pasar. kami cari tempat strategik untuk lepaskan anak-anak kucing dgn penuh harapan agar mereka terus hidup. aku pekakkan telinga mendengar jeritan mereka yg seolah-olah merayu agar mereka tidak ditinggalkan. elok kami beredar tak sampai 100 meter.


hujan.


aku tengok mama. mama tengok aku.

"kita patah balik la ye"

aku angguk. sambil mata sudah penuh digenangi air.

* * *

itu baru 'buang' anak kucing. berminggu-minggu rasa bersalah menguasai. entah hidup atau mati.

inikan pula nak buang anak sendiri. anak yg dikandung ke hulu hilir. apa yg ibu makan itulah yg si anak minum. rasa ibu jiwa anak. luka ibu duka anak. namun tak disangka, ibu yg sepatutnya melindungi kini menghancuri.

ke mana pergi kasihmu ibu? di mana hilang sayangmu ayah?layakkah lagi manusia digelar sebaik-baik penciptaan?

Aduh putera puteriku,

aku seyakinnya percaya bahwa semua ini tidak akan berlaku andai putera puteriku memegang teguh ayat-ayat ini:

"Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat"

Al-Israk:32


wahai Para Putera dunia,

"Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah"

( R. Muslim)

wahai Para Puteri buana,

"Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah Wanita Solehah"

(R. Ahmad)


Apakah masih tidak mahu untuk kita memikirkannya...


1 JempuTlah BerbisiK:

Chef Az said...

kagum la untuk entry kali ini....... terbaik!!