Sunday, June 13, 2010

Bukan 1 dalam 1000,000

Sekian lama dia memohon pertemuan ini. tapi kerna banyak kekangan. aku sering menunda. hinggalah satu hari, dia memohon sangat2 agar kami dapat bertemu.

Di Taman Rekreasi Jubli Perak.
Di bawah rendang Pokok Semarak.
Bersama orang yang bersenam sana sini selerak.

dan sebaik sahaja gear 'P' dimasukkan. 'hand break' ditarik. radio dimatikan. pantas dia menggenggam tangan aku. dan...



lama dan semakin lebat air hujan itu turun. mencurah-curah tanpa henti. selama itu aku hanya mendiamkan diri. membiarkan hujan itu gugur sepuas-puasnya. tanda kegersangan hati yang sekian lama bertapuk.

hinggalah air hujan kembali rintis-rintis perlahan. dan dia tersandar lesu tanda kelelahan dalam melampiaskan pedihnya sebuah perasaan. aku pun mula menyusun bicara.

Adikku,
tenanglah...
mendung hatimu pasti akan terang disinari suria.
serahkan dirimu dan hatimu pada Allah.
agar DIA memilih dan memberi yg terbaik untukmu.

dalam diam dan penuh khusyuk dia mendengar. bicara yg aku lafaz untuknya sebenarnya adalah juga untuk aku. yg sekian lama tersimpan penuh sendu. mencari sabar dan tabah penuh mohon keredhaanNYA.

Hati kita ini milik Allah..adikku.. DIA 'memberi' dan 'mengambil' drpd sesiapa yang dia mahu. dan yakinlah dalam hatimu. setiap yg berlaku ini pasti bersebab. pasti ada rahsia yg tersembunyi. walau buruk atau baik yang berlaku. pasti ada hikmah...

Adikku, ketahuilah... kisahmu bukan satu dalam sejuta. ramai yg telah dan pernah merasakan apa yg kau rasakan saat ini.. maka... sabarlah... kerna Allah terlalu menyayangimu dengan menguji kau sebegini. kerna DIA tahu hatimu itu akan kembali merintih rindu.. memohon dan merayu hanya kepadaNYA... dan pastilah..DIA juga terlalu rindu untuk mendengar puja rindumu itu...yg mungkin sudah sekian lama kau tinggalkan...

syukurlah. perpisahan kami berakhir dengan ukiran senyuman di wajahnya. walau aku tahu hatinya masih berdarah. dan ubat yg aku berikan mungkin tidak bertahan lama. namun aku yakin, penawar terbaik itu akan dia temui secepat yg mungkin. mohon agar bahagia sentiasa menyentuhnya. mengganti yg lama. menumbuh yg patah. kabulkan Ya Allah..kabulkanlah...



No comments: