Monday, June 14, 2010

Hingga ke Syurga...

bak kata Norji,

"dulu..time masuk sekolah sama2. masuk matrik sama2. masuk U sama2. ambil exam sama2. grad pun sama2. tapi..bila time kahwin..semua lain2...ada cepat..ada lambat"

Hah?!..hmmm..betul..betul..betul...

"well, jambatan destinasi kita kan masing2 berbeza,"serentak kami membalas diiringi gelak tawa memeriahkan hati yg sedang girang.

girang tanda gembira yg dikongsi bersama melihat teman2 seperjuangan selamat menjadi suri atau arjuna buat pasangan masing2. Ketahuilah bahwa itulah pasangan terbaik anugerah Ar Rahman buat bahagia kalian hingga ke syurga.

* * *

5 Jun 2010
Alor Setar, Kedah

Noriyah & Fawazie


kredit to Hamzani


Noriyah adalah teman sekolah dan sekelas masa (Tingkatan 4 & 5) di SMK Tunku Abdul Malik(1999-2003) . kami panggil dia Uyah. dia antara gadis yg tertinggi dalam kelas. nampak pendiam tapi sangat kelakar orangnya. dalam sempoi2 Uyah, tak sangka dia antara paling awal merasmikan alam perkahwinan.

Selamat Berbahagia hingga ke Syurga!

* * *

6 Jun 2010
Jitra, Kedah

Dalila & Azwa

kredit to Ina Azlina

Sejuta kemaafan dipohon buat Dalila & pasangan sebab tak hadir. sungguh2 aku terlupa dek terlalu banyak kenduri yg perlu dihadiri. Apapun doa aku sentiasa untuk kalian moga kebahagiaan milik kalian hingga ke syurga.

Dalila adalah teman sebilik masa di Kolej Matrikulasi Perlis (2004-2005). dah nama pun teman sebilik. pasti saja banyak suka duka dikongsi bersama. paling aku ingat. masa celebrate birthday Dila. habis basah Dila kena siram dengan air bercampur bedak sejuk. memang riuh habis blok A3 tu. pasti ingat sampai matilah!heee...tak lupa juga. masa dah habis matrik dan masing2 nak balik ke kampung halaman, kami bersalaman dan berpelukan kerna selepas ini masing2 akan dengan haluan masing2. Dila menangis berair mata sedang aku setitik pun tidak mengalir. pelik?!

Rupanya kami masih ditakdirkan bersama. buktinya. Dila dan aku masih bertemu di USM. Dila dalam bidang pendidikan sedang aku dalam bidang sains. patutla aku tak sedih sangat. heee...pasangannya Azwa aku kenal juga. mereka berdua ni sama2 aktif dalam organisasi desa. tak sangka juga, ini rupanya kumbang yg akhirnya berjaya memiliki bunga. jgn tak tahu Dila ni rebutan jutaan kumbang yg beratur nak kan dia..opss..

Semoga Berbahagia hingga ke Syurga!

* * *
12 Jun 2010
Bertam, Pulau Pinang

Kauthar & Zaharan


kredit to Kauthar

Ha ni lagi speciaaallll punya cerita. apapun. memang sangat adventure nak ke rumah pengantin ni. cukup marhalah ke Alor Setar padahal dekat je pun. terus rasa nak beli GPS. heee..apapun Alhamdulillah kami selamat bertemu walau sekejap cuma. 12 tahun kot tak jumpa!

Kauthar dan aku teman sekelas masa darjah 6 di SK Taman Uda, Alor Setar Kedah. lepas je UPSR. terus terpisah. Kauthar ni pandai. aku selalu rujuk dia dan pernah buat study group juga. siap datang2 rumah jugalah. paling tak boleh lupa. sehari sebelum result UPSR keluar, aku mimpi dia dapat 4 A 1 B. dan memang betul dia dapat 4 A 1 B!!!...cuma tak pula aku mimpi dia nak kahwin sebelum aku...heheeeee...

Apapun, tahniah Kauthar. Syukur padaNYA atas jalinan ukhwah yg masih utuh terbina walaupun jarang-jarang sungguh nak berhubung. benarlah..jarak dan masa bukan penghalang sebuah perhubungan selagi ada ingatan dan doa yg diberi. well Kauthar..kita berjaya membuktikan ikhlasnya persahabatan pasti akan kekal selamanya.aminnn....

Semoga Berbahagia hingga ke Syurga!

* * *
13 Jun 2010
Bayan Baru, Pulau Pinang

Faizal & Roziana


kredit to Syadie Hearty

Akhirnya!hehehe..tumpang gembira utk cik abang Faizal kita. Faizal adalah teman sepejabat masa di Bahagian Pembangunan Lestari & Korporat USM (BPLK). masa aku baru masuk kerja. Faizal antara member yg sekepala. paling aku respect kat mamat ni...meja dia sangat kemas dan teratur. memang tabiklah.heee..walaupun aku dan kat bahagian lain, terharu juga sebab Faizal masih ingat dan datang jumpa sendiri bagi kad jemputan. Jadi, bertapaklah aku menyaksikan hari bahagianya.

Semoga Berbahagia hingga ke Syurga!

* * *

tak lupa pada teman2 dan mereka yg sudi menitipkan jemputan dan mohon sejuta kemaafan kerna tidak dapat hadir. Aku tetap mendoakan bahagia kalian hingga ke Syurga...

Zaimas (CCB USM) & Pasangan

Normala (MPP USM) & Pasangan

Hafizi (Biologi USM) & Pasangan

dan mereka yg menjemput secara langsung @ tidak.

* * *

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui"

Yasin:36


No comments: