Tuesday, March 22, 2011

Kawan

"Yang mana satu lebih kau suka...kawan yang mencari kau kerana dia dlm kesusahan atau mencari kau kerana dia dlm kesenangan?"soal seorang teman.

aku jawab.

"yang terbaik adalah kedua-duanya...tapi hukum alam...ketika senang lebih mudah melupakan..hmmm..jadi aku mungkin pilih yang cari aku sewaktu dia dalam kesusahan"

Dalam hidup ini, akan ada banyak kategori kawan yang akan dicari utk aktiviti seperti berikut:
  • shopping-sbb taste lebih kurang sama dan dia pakar dalam cari kedai2 yg terbaik...
  • makan-sbb suka makan dan tahu tempat makan yg best...oh ya, yg penting tak kedekut..heee
  • urusan pejabat-sbb dia pakar, faham dan bermaklumat utk menyelesaikan hal2 pejabat @ satu tempat kerja
  • ilmu & pengetahuan- sbb dia berilmu pengetahuan dan bermaklumat sebagai rujukan utk sesuatu perkara.
  • jalan-jalan- sbb dia mmg suka berjalan a.k.a suka melancong...
  • dan sebagainya
dan pastinya kawan yg paling susah utk dicari adalah seperti berikut:
  • pinjam duit-sbb dia mmg kurang berduit atau selalu tak cukup duit
  • cerita rahsia peribadi-sbb terlalu banyak rahsia yg disimpan sampai tak tersimpan
  • berkongsi hati & perasaan- sbb masalah itu bukan masalah dia...blh ke dia faham atau lebih senang..ada dia kisah??
  • dan sebagainya
tapi aku kira, akan jadi sedikit pengecualian bagi kaum perempuan sebab dia mmg akan suka bercerita tentang masalahnya...kalau kau selalu ada di sisi dia dan sentiasa sedia mendengar...percayalah..kau pasti akan tahu banyak cerita...dan terpulanglah pada kau utk menjadi seorang yg berintegriti atau tidak...namun, kalau cerita2 besar yg melibatkan maruah..perempuan atau lelaki, aku kira tetap bijak memilih insan-insan yg terpilih utk tahu...apalagi yg melibatkan keluarga, harga diri dan masa depan...jadi, kalau kawan kau kata,

"ini rahsia tau...jgn beritahu orang lain"

maka, beramanahlah...kalau terlepas juga..cepat2 mohon ampun..*ingatan utk diri sendiri juga*



Sedari kecil aku dididik utk tidak terlalu bergantung pada manusia. Oleh itu, jika ditanya siapa kawan baik aku..jawapan aku adalah..semua kawan adalah yg terbaik buat aku..kerna setiap kawan aku pasti ada kelebihan masing2 yg sesuai dengan situasi dan keadaan tertentu. Dan dalam hidup aku, kawan utk diajak makan2 belum tentu dia adalah kawan yg akan aku cari utk pinjam duit..sebab kita tahu di mana kekuatan dan kelemahannya.

Samalah kawan yg kita selalu bergurau senda belum tentu dia adalah kawan yg kita akan cari tatkala diri dihimpit duri kelukaan. ada..memang ada..tapi boleh dibilang jari. hakikatnya, akan ada satu waktu yg kita merasakan bahwa diri benar2 keseorangan...hatta ibu ayah sendiri pun tak akan mampu utk diluahkan apa2...dan di sini baru kita sedar...bahwa Allah itu ada...



Kita manusia. punya hati & perasaan. rasa kecil hati & terkilan adalah tanda kita masih prihatin. Cuma janganlah terlalu berkecil hati hingga membawa rajuk yg memutuskan jalinan persahabatan yg terbina sekian lama. bak kata pujangga..biarlah semuanya sekadarnya saja. kerna yg membinasakan itu adalah apabila semuanya terlalu berlebihan.

Kerna itu. bersahabatlah sekadarnya saja. Jangan terlalu sayang. Jangan terlalu bergantung. bimbang. apabila kita memberi segalanya 'terlalu'. kita pasti akan mengharapkan dia juga membalasnya dgn 'terlalu'. sedang kita lupa. dia juga manusia biasa.

Pahatlah. bahwa kawan yg dulu mendakap mesra saat kejayaan dikongsi bersama belum tentu akan terus ada utk mengusap air mata kecewa kita. walau itu sebenarnya keinginan dia dan harapan kita..tapi hakikatnya Allah Maha Tahu yg kita lebih memerlukan DIA daripada segalanya. Allah mahu ingatkan kita bahwa DIA sentiasa ada utk dalam apa jua keadaan.

Sematlah. bahwa kawan kita itu hanya seorang manusia biasa. punya hati dan rasa. punya kehidupan dan impian di jiwa. yang mana semua itu mampu berubah mengikut edaran masa. pasti tidak terlepas dalam melakukan salah dan dosa. kerna kita juga tidak sempurna.

Andai saat gembira kau tidak dia hubungi tapi hanya dicari saat susahnya tiba. berbahagialah. kerna itu bermaksud kau sangat bererti dalam hidupnya. Renunglah kekhilafan diri yg juga mencari hanya Maha Penyayang saat benar2 kelelahan...dan betapa sungguh Allah itu Ar Rahman...menyambut kita dengan berlari saat kita berjalan untuk mengadu dan meminta..yg pasti hanya dilakukan apabila kita benar2 kesusahan...barulah teringat. antara Pencipta dan ciptaan.

Justeru, buangkan rajuk diri andai rasa tidak dihargai. lapangkan dada menerima air mata dan keluh kesah taulan walau diri sering dilupakan saat tawa bahagia dia bergemerlapan. Ingatlah, bahwa Allah sedang menguji kita. mendidik dengan penuh berhikmah. tentang erti ikhlas dan sabar.

Hukum alam. apabila kita memberi kita juga mahu menerima. tapi sedarilah. Allah sedang mendidik kita bahwa. kawan yg kita bantu belum tentu akan membantu kita semula. kawan yg kita harap2kan belum tentu akan terus dapat diharap. kawan yg senyum ketawa belum tentu akan turut berduka bersama.

tapi tidak DIA. yg akan terus memberi walau tidak diminta. yg akan terus menerima walau sering dilupa. yg sentiasa ada samada susah ataupun senang...yg mungkin tanpa sedar kita terlupa...dengan cara itu hakikatnya DIA mendidik kita...



agar kita akan terus ikhlas dalam persahabatan
memberi hanya kernaNYA...

4 JempuTlah BerbisiK:

durrahnur said...

salam alaik..

entri ni..sgt terkesan dlm ati saya kira..olahan yg semppo je..tp..kalau direnung2 balik..memang byk perkara yang jarang kita fikirkan..'

nway..thank you kak mahfuzah for sharing...

i like this entri!:)

fuzama said...

salam...

thanks dik,kerna sudi juga membaca tulisan yg tak seberapa ini..anway, banyaknya utk ingtan diri sendiri juga...

gud luck ya & keep in touch!.. ;)

Anonymous said...

sgt suka perkongsian ini..TQ..mohon copi kata kamu yg bermakna ^^

FuzAma said...

terima kasih anonymous