Baru awal tahun melihat kalendar sambil menanda tarikh keramat ini. tak sangka. cepat sungguh masa berlalu. terima kasih pada teknologi laman sosial terkenal dunia yg membantu mengingatkan tarikh keramat ini.
Dihitung-hitung. abah sudah berusia 60 tahun. walau ramai yg menegur wajah abah tak seiring usia tapi aku tetap nampak ada lain di wajah abah. Rambut abah semakin nipis. walau masih boleh dibilang-bilang ubannya. cerita abah, ini adalah hasil tangan neneknya menggunakan santan sebagai pencuci rambut sewaktu kecil dulu. Sudah ada garis tua di wajah abah yg menyimpan sejuta satu cerita suka duka kehidupan yg kini cuba disampaikan secara langsung atau tidak. atas nama tanggungjawab. setiap kali aku pulang. kami akan menyusun masa dan waktu utk bersama. sebab ayat yg aku paling aku suka dengar daripd abah adalah "ceritalah lagi ceritalah lagi"....
Umur 60 mungkin masih muda bagi sesetengah orang. tapi bagi aku, ia mengingatkan bahwa detik2 utk kebersamaan kami semakin terbatas. persediaan semakin perlu ditingkatkan. kerna saat masa akan terus berlalu. kalau aku leka. ia tak akan kembali lagi. dan sebolehnya aku tidak mahu ada kata menyesal atau terkilan dalam meniti titian perjalanan dunia bersama abah.
Sungguh Allah itu Maha Adil. ketika kecil dulu, tarikh keramat Abah tidak begitu diambil berat bukan sahaja kami. abah juga tidak kisah. kesibukan. tanggungjawab. amanah. komitmen. menjadikan kami terlupa sebentar dan mengajar kami utk menyambut sekadarnya sahaja...dan kami tetap gembira. Malah kalau dulu aku lebih mengingati tarikh2 hari lahir kawan2...kini bertukar haluan. sudah tiba masa utk aku lebih mengingati tarikh2 keramat insan2 terpilih ini...mungkin juga kerna edaran masa yg telah menyedarkan aku. antara kewajipan dan keharusan.
Sudah 60 tahun usia abah. tak tahu apa rasa jika saat itu tiba. saat yg pasti. yg tiada pilihan ya atau tidak. semua perlu terima. penuh redha dan berlapang dada. mengembalikan kepada yg Maha Memiliki. saat itu pasti.
Maka, sebelum saat itu tiba. izinkan diri ini memberi bakti sebaik2nya. walau cukup aku sedar. yg kebaktian aku tidak akan pernah cukup utk membalas segala jasamu abah. dan sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Bijaksana. mengizinkan doa anak2 soleh sbgi pahala amalan yg berterusan ketika roh sudah tidak bersatu dgn jasad. kerna DIA Maha Tahu. di situlah erti sebenarnya seorang anak. penyejuk mata. pendamai jiwa. buat bahagia di dunia & akhirat.
Salam Ulangtahun Kelahiran Abah
Semoga setiap saat tarikh waktu ini
mengingatkan aku
tentang erti kalimah
"tanggungjawab seorang anak"
Semoga setiap saat tarikh waktu ini
mengingatkan aku
tentang erti kalimah
"tanggungjawab seorang anak"
No comments:
Post a Comment