Thursday, March 24, 2011

Memory 6

Ini cerita pada tahun 2008. tahun akhir di USM. Semasa program College & University Students Assembly (CUSA) anjuran CAP & GPF Malaysia di KL. Seingatnya, aku terus pergi program ini seusai kembali dari Youth Summit di Hong Kong. Aku dipaksa rela pergi padahal program ini adalah program sukarelawan peringkat kebangsaan. Aku jadi pembentang utk projek 'The White Coffin' mewakili USM. sangat jujur. hati aku waktu tu 90% tak mahu pergi. tapi atas rasa cinta & tanggungjawab. aku pergi juga. diiringi semangat adik2 Kelab Alam Sekitar.

Program ini sangat bagus. selain ada beberapa sesi forum. kami juga dibawa ke kawasan tertentu utk gotong royong membersihkan kawasan dll. Ada juga sesi khas bersama Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM). sebab hati tak sepenuhnya hadir. ada banyak juga program yg aku rasa tak penting aku skip. tapi aku skip pun sebab aku prepare slide.

Menjadi ketentuan Allah. projek 'The White Coffin' menang hadiah utama. 'The Best Community Service'. dapat piala dan sijil. cukuplah. menunaikan tanggungjawab itu lebih bermakna. tapi sebenarnya yg aku dapat bukanlah sekadar piala dan sijil. tapi jalinan persahabatan.





Fareez dan Iskandar pelajar dr KLMU. semasa program, mereka ramah menegur aku dan kami sempat berbual dan bertukar cerita. Malah, mereka antara yg paling awal dtg mengucapkan tahniah atas kejayaan USM. terkejut juga aku melihat ada foto2 kami semasa program pada hari terakhir itu di simpanan koleksi gambar2.

Selepas program kami tidak pernah berhubung. jangankan Facebook..email, sms atau telefon pun tidak. berutus surat. lagilah tidak. tapi cerita susunan Allah siapakah yg tahu?

Selepas 3 tahun. kami bertemu semula. sewaktu Fareez mula2 menghubungi aku dan cuba memperkenalkan diri. hati aku terus dapat meneka dan mengingati semula. malu juga sebab jujurnya aku lupa sungguh namanya. dan kami berjumpa. terharu apabila katanya dia masih ingat aku dan cuma ingat aku saja apabila di USM...ohhh...terharunyaaa...Kelmarin juga. Fareez dtg dengan Iskandar. lama kami berbual bagai sudah lama berkenalan...mesra dan selesa. sungguh jalinan persahabatan pun kembali tersimpul erat.

Mungkin ini cerita biasa2...tapi bagi aku cerita ini agak luarbiasa. Sebabnya. Allah mengajar aku tentang erti hikmah yg manusia tak akan pernah mengerti. kerna hanya DIA saja yg tahu bagaimana perasaan aku sewaktu pergi ke program itu dulu. dan siapalah yg hendak menduga betapa sebenarnya ada susunan cerita di sebalik setiap kepasrahan dan keredhaan.

Kalau diulang semula waktu. aku tetap memilih kejadian yg sama. kerna rahsia sebab semua yg terjadi itu sungguh manis walau pahit awalnya utk ditelan.



Alhamdulillah.
syukur padaMU Ya Allah atas jalinan persahabatan ini.
syukur padaMU Ya Allah buat didikan erti sebuah kasih sayang dan hikmah setiap sesuatu kejadian.
buat aku lebih yakin dan percaya.
setiap yg berlaku tidak akan pernah sia-sia.

No comments: