Monday, March 7, 2011

Nurul Ihsan & Istana Kellie

alhamdulilllah. seperti yg dirancang dapat juga aku menyertai rombongan lawatan+mesyuarat+tinjauan tapak di Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Perak dgn lima adik-adik RKM buat pertama kalinya pada tahun 2011.

Banyak kali juga aku miss utk sertai program ni walhal projek ini memang di bawah seliaan aku. Syukur adik2 ini semua sangat komited dan bagus. projek tetap berjalan lancar walau tanpa aku.huhuhuuu...tahniah adik2ku!pilihan Allah sentiasa terbaik...Aminnn

bertolak pukul 8 pagi. terpaksa kami tinggalkan seorang peserta sebab tak dtg2 walhal janji pukul 7.30. telefon & sms pun tak balas2. Jadi, terpaksa buat keputusan utk tinggalkan sebab masa semakin suntuk. perjalanan pun hampir 2 jam ke sana. dah hampir sejam, baru peserta tu telefon kata dia tak sihat dan demam..hmm...ok..mungkin bukan rezeki utk pergi kali ini.

Sampai Nurul Ihsan dalam pukul 11 pagi. terus melawat tapak+mesyuarat. dengan cuaca yg cukup panas membahang. nasib baik ada adik2 Nurul Ihsan yng comel2 dan sopan santun semuanya. tak sempat jumpa dgn perempuan cuma jumpa yang lelaki saja.


Pukul 1 ptg, kami bertolak ke Talang (betul kot..terlupa pula) utk tengok projek Ikan keli. Sejam juga perjalanan ke sana. Hampir pukul 3 ptg baru kami bertolak pulang ke Penang. dan sekali lagi kami terpaksa meninggalkan seorang lagi peserta yg sepatutnya pulang bersama kami. Aduh, hari ini hari meninggalkan orang saja. ini pun serupa juga. masalah komunikasi. telefon & sms tak berfungsi. sebab dok dalam hutan. apa nak dikata..kena tinggal la jawabnya..huhuhuu..

.

dalam perjalanan yang sesat mencari lebuhraya, kami terjumpa Istana Kellie yang merupakan tinggalan sejarah+tempat pelancongan Perak. aku sebenarnya tak tahu apa2 pun tapi sebab En Aziz asyik tanya. nak pi dak? nak pi dak? terus aku kata. OK!

Aku pun masuk la istana yg katanya tak sempat siap. (aduhhh...aku sangat buta sejarah..ya ampunkan)...tanya adik2 ni. sebab ada yg mmg dari Perak juga. depa pun tak boleh cerita detail. Huh...memang budak2 sains sungguh...tapi tak salahkan depa. aku pun sama. sapa suruh tak banyak membaca.

kebetulan masa kami pergi, ada lebih kurang 3-4 pengantin yg tengah buat photo shoot. mulanya aku tak hairan sangat dengan istana ni, tapi melihatkan adik2 ni excited sungguh tangkap gambar..aku pun jadi teruja...hehehehe...(keluarlah statement...ni sapa pegawai sapa student ni)..opssss..


dengan maklumat yg sedikit terbatas. sampai saja Penang aku terus google Istana Kellie...hmm...patutlah ramai pengantin buat photo shoot kat situ...Istana Kellie ni ibarat Taj Mahal..dibina atas dasar cinta..tragisnya..tak sempat siap...okla tu..ada hikmah juga tak siap..kita mmg tak tahu...Allah saja yg Tahu...

pukul 5 ptg..kami berangkat pulang. itu pun jenuh aku paksa adik2 ni..kalau tak habis bateri kamera tu selagi tu dok bergambar. Rahmat hujan pun banyak membantu aku'memaksa' adik2 ni utk balik. solat belum lagi ooi!!...balik2!!!


No comments: