Saturday, April 16, 2011

Memory 7

"saya tersentuh dgn kata2 Fuzah...tak ada sesiapa pun yg jawab seperti Fuzah jawab..walaupun mereka lebih tua daripada Fuzah"

katanya sambil merenung jauh ke siling. pandangan selepas puas meluahkan segala rasa. tentang dunia. tentang akhirat. tentang suka. tentang duka.tentang kehidupan...dan tentang kematian.

"ayat yg mana satu tu ya?"

soal aku kembali. terlalu banyak ayat-ayat yg aku lafazkan.

"apabila Fuzah kata...tunggu dan sabar sehingga saya boleh solat..kemudian solat dan berdoa..mohon petunjuk Allah..dan buatlah keputusan..atas setiap pilihan yg diberikan"

diam.

"tak pernah ada yg bagi cadangan macam tu...walaupun mereka lebih tua daripada Fuzah"

diam.

kami saling memandang. dan berbalas senyuman.



kehidupan adalah pilihan. yang diberikan kepada sebaik2 makhluk ciptaan Allah. bermula dari degup jantung yg pertama sehingga terakhir. kita akan terus hidup utk memilih dan hidup dgn sejuta satu pilihan. dan sedarlah bahwa setiap apa-apa sahaja pilihan kita pasti akan punya kesan. dan ia bergantung kepada tindakan atas pilihan kita.

dari sekecil2 pilihan (cthnya memilih pakaian atau menu makanan) sehinggalah sebesar2 pilihan (cthnya karier pekerjaan atau pasangan hidup) semuanya akan memberi kesan. samada pada diri sendiri, manusia sekitar dan alam sekeliling. Jika kita memilih makanan yg baik dan sihat. diri akan sihat dan masyarakat jadi sejahtera. Dengan memilih pasangan hidup yg baik, hidup akan bahagia, masyarakat jadi harmoni. begitulah selanjut utk difikirkan bersama...

sekecil2 pilihan cthnya pilihan pakaian. yg singkat atau labuh. yg longgar atau ketat. yg terbuka atau tertutup. semuanya perlu dipilih. dan Maha Suci Allah Maha Bijaksana yg telah memberi umat manusia panduan dan bimbingan melalui kalam suci, Al -Quran Ya Karim dan sunnah kekasihNYA...dan sekali lagi masih terpulang kepada kita untuk memilih. memilih utk mengikut panduan syariat atau tidak.

tepuk dada tanyalah selera. tepuk hati tanyalah iman...

sewaktu dia menceritakan segala-galanya dan memohon sedikit pandangan. aku jujurnya sangat kelu & terharu. masakan pengalaman yg ibarat tidak sampai setitis air drpd tujuh lautan ini mampu memberi pandangannya...dan jujurnya itulah jua pandangan aku pada sesiapa yg pernah bersama diri.

solat & berdoa...mohon petunjuk daripada Allah...andai rasa tenang..insyaAllah keputusan itu tepat...andai ragu-ragu..teruskan lagi memohon petunjuk...hingga sampai satu waktu...keputusan itu terpatri di hatimu...maka putuskan akan setiap pilihan yg ada..diiringi lafaz

'Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani'

sekalipun keputusan yg diambil adalah salah. yakinlah semua yg berlaku baik atau buruk pasti ada hikmah. dan percayalah semua yg berlaku adalah atas kerna izin daripadaNYA. Maha Mengetahui lagi Maha Memahami.

sekalipun keputusan yg diambil itu tidak tepat. ketahuilah bahwa keputusan itu dibuat bersama-sama denganNYA. dengan terlebih dahulu mengadu padaNYA. bertanyakan padaNYA. dan pasti...tidak DIA mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia...pasti ada hikmah.

bahagialah dengan pilihan. kerna itu bererti kita masih 'hidup'. dan hargailah kehidupan yg selepasnya akan tiba kematian. kerna selepas kematian akan kembali datang kehidupan. kehidupan yg tiada lagi makna 'pilihan'.


walau saat itu kita benar-benar mahu utk memilih...

No comments: