Tuesday, April 26, 2011

2 Tahun Penantian

"Bila nak tetap?"

"Dah tetap belum?"

Tetap. tetap. tetap. itu antara soalan yg selalu diajukan kepada aku sejak mula bekerja sebaik saja bergraduan tahun 2009 lalu. dan soalan itu hanya mampu aku jawab dengan senyuman atau kalimah 'InsyaAllah'.

sejujurnya. aku memang tidak tahu. penentuan perancangan kehidupan dan masa hadapan bukan hak milik mutlak aku. sesungguhnya aku sedang mengikut arus tanpa pernah cuba merubah apa2. bukan tidak ada yg mencadang atau menasihat utk berubah angin namun entah mengapa hati aku sungguh-sungguh membisikkan tentang erti yakin dan sabar.

YAKIN bahwa Allah sedang mengatur sesuatu. SABAR bahwa kemanisan itu akan tiba.


2 tahun penantian ini. penantian yg mungkin tidak lama bagi kebanyakkan orang ditambah dengan umur aku yg masih dalam kategori muda belia. namun selagi namanya penantian. ia sesungguhnya menyeksakan. dan sekali lagi. hanya keyakinan dan kesabaran yang menjadi anyaman erti sebuah kehidupan.

2 tahun telah Allah berikan utk aku menimba sebaik mungkin pengalaman buat bekalan sebuah perjuangan di alam pekerjaan. lebih mencabar. lebih pancaroba. penuh sandiwara. penuh drama. sudahkah bersedia?



andai satu hari aku menangis duka. andai satu hari aku mengeluh kecewa. andai satu hari aku terbuang tak berharga. aku hanya perlu ingat dan berkata.

"Inilah pilihanmu. Pilihan jalan kehidupan yg kau pilih tanpa pernah dipaksa sesiapa. Pilihan jalan kehidupan yg kau pilih dengan izin dan takdirNYA.maka terimalah dengan redha"

Aku tahu jalan ini akan sukar. Aku tahu jalan ini tidak mudah. dan kerna kehidupan di dunia bukan untuk bersuka-suka. baik atau buruk jalan ini perlu utk aku terima kerna ini jalan yg aku pilih. dan cukup sahaja Allah untukku.

Aku tahu jalan ini penuh ranjau dan onak duri. Aku tahu jalan ini akan menuntut sejuta satu pengorbanan dan air mata. wangi atau busuk jalan ini perlu utk aku terima kerna ini jalan yg aku pilih. bersama iringai doa restu Mama dan Abah. maka cukup sahaja Allah untukku.



Hari ini. saat ini. 2 tahun penantian itu sudah berakhir. yang akan menjelmakan sebuah permulaan. permulaan sebuah kehidupan yg aku mohon lebih diberkati dan dirahmati. Cukup saja ENGKAU untukku, Ya Allah.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni’mat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani)-Al Fatihah:6-7



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

5 comments:

Noor Shahida bt Ajmi said...

alhamdulillah..tahniah fuzah.

FuzAma said...

thanks akak...semoga kakak & baby dalam rahmat Allah...

FuzAma said...
This comment has been removed by the author.
kema said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kema said...

tahniah buat sahabatku merangkap rakan serumah...instinct sy mmg kuat ckp awk akn dpt jawatan tu..cuma xsangla plak awk kena kt tmpat laen..

erm....xthu nk ckp sedih ke x, tpi sbb awk kuar atas dasar keja, xdela sedih sgt kot..boley?? huhhuhu

semoga kamu tabah dan cekal menghadapi alam persekitaran yg baru..
p/s: jgn lupa dtg ke kenduri sy deh..dan jgn lupa jemput utk kawen kamu deh~