Tuesday, September 18, 2012

Belangkungsawa Abdul Ghani Md Ibrahim...wira keluarga

Wa seorang yang tinggi. tegap dan perkasa. kulitnya hitam manis dan berjambang. berkain pelekat, berseluar  dan kemeja lusuh. Rumahnya yang kecil dan tiada bilik bersebelahan rumah Wan dan Tok kadangkala dikunjungi aku sewaktu kecil. bilik airnya terletak di luar dilengkapi sebuah telaga dan sebatang paip dengan dilindungi pokok2 dan kepingan papan zink.menaiki rumahnya perlu berhati2 kerna tangganya yang jarang2. hidangan teh wangi di dalam cawan kaca jernih selalu menjadi hidangan aku kala kunjungan diberi.

Lama kemudian, Wa berpindah ke Paya Pahlawan. cantik dan comel rumah itu. dua tingkat dan punya tiga bilik. dikelilingi kawasan tanah yang lapang sesuai dengan hobi Wa yang suka bercucuk tanam. Lama juga kemudian, Wa berpindah ke rumah keluarga isteri di Kampung Asun. siapa tahu, di sini rupanya Wa akan bersemadi.

sewaktu kecil, selain arwah Wa..Wa antara insan yang selalu mengunjungi kami. bunyi deruman motorsikal Wa akan buat kami terus berlari ke pintu menyambutnya. indahnya kenangan bersamanya, aku selalu didukung dan dijulang tinggi2 sambil adik Najib akan turut merengek mahu dilakukan serupa. rasa gayat ketika dijulang buat aku sangat gembira walau Wa mengeluh penat dek berat aku yang semakin bertambah.

Meniti keremajaan...Wa adalah satu-satunya insan yang hadir secara langsung bagi sebelah mama tatkala kami dilanda ujian dan dugaan dunia. Tak akan aku lupa apabila Wa yang mengambil tanggungjawab untuk menjemput pulang dan kadangkala menghantar aku sewaktu di sekolah menengah. Wa yang selalu menjenguk kami adik beradik. Memberi semangat dan motivasi. Wa yang bersama-sama kami untuk terus tabah dan sabar dalam menghadapi musibah tatkala semua orang menjauhi dan tiada di sisi.

Wa satu-satunya insan yang yakin dan percaya bahwa aku boleh memandu kereta. dan Wa jugalah yang begitu gembira menaiki Suria yang aku pandu dengan senyuman sepanjang jalan. Sedaya mampu, wa akan cuba untuk tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan setiap detik bahagia dan sejarah anak-anak buahnya. Majlis Konvokesyen Kak Cik Fairus, Majlis Perkahwinan Abg Kit, Pertunangn Abang An dan lain-lain.

bukan wang ringgit dan harta benda yang Wa limpahkan pada kami. yang ada cuma kasih sayang, nasihat dan bimbingan, serta senyuman dan belaian. mungkin tak banyak yang aku kutip kenangan bersama, tapi antara paling bererti ketika Wa beria-ia mengajak aku untuk sarapan roti canai di Tanah Merah. roti canai di situ sedap katanya.

Syawal 1433H lalu adalah syawal yang terakhir buatku bersamaNYA...aku sempat bersalam dengannya walau sedikit pun tak menduga yang Wa akan pergi meninggalkan kami. masih terasa pemergian Arwah Mak Lang...kini Wa mengikut jejak...sekarang cuma tinggal Mama sahaja pewaris Md Ibrahim dan Fatimah.


9hb September 2012, Ahad..aku dapat panggilan Abah mengatakan Wa masuk hospital diserang strok. aku sedikit terkejut tapi entah kenapa aku rasa Wa akan sembuh sebab Wa seorang yang rajin makan ubat dan menjaga makan minum. Dulu, aku mesti sdiakan air teh khas tanpa gula untuk Wa sebab Wa ada kencing manis. beberapa hari kemudian, Abah maklumkan Wa sudah keluar hospital...

hinggalah 14hb September 2012, Jumaat...panggilan Mama mengatakan Wa sudah kembali ke alam abadi. aku yang ketika itu dalam perjalanan menaiki van ke Sungai Siput untuk kem PIMPIN Siswa terus tergamam dan buntu. Takdir Allah yang mengatur aku mendapat berita ketika singgah ke Kampus Kejuruteraan untuk memberi pakaian kepada beberapa ketua jabatan. dalam kebuntuan memikirkan bagaimana aku mahu pulang, terus aku dihantar ke Stesen Bas Parit Buntar...aku tempah teksi ke Sungai Petani dengan harga RM100..dah malas nak tawar menawar sebab aku nak cepat.

Sampai di Sungai Petani, bertolak ke Sungai Daun untuk jemput Kak Chaq. dengan hujan lebat dan tak tahu jalan, jam 2 petang juga kami tiba. Sebab berbudi bahasa, kami memenuhi jemputan untuk minum tapi kami menolak untuk makan kerna mengejar masa. Dalam hati aku hanya berdoa dan bertawakal agar aku sempat menatap wajah Wa untuk kali terakhir.


Jam 4 petang lebih...aku tiba di Kampung Asun, Changlun. Wa suudah selamat dimandikan dan dikapankan. ketika aku duduk dan mendengar suara yang memanggil sanak saudara, aku terus menuju ke arah itu walaupun dikelilingi kaum adam. aku terus mengambil segenggam daun pandan dan kapur barus. ditabur ke sekeliling tubuh Wa yang sudah berbalut kain putih. Aku nampak Abang Kit dan berbisik mahu menatap wajah Wa...tapi Abang Kit cuma menatap aku dalam keadaan serba salah.

Dalam aku menanti dan berserah tidak dapat menatap wajah Wa, ada suara wanita yang memohon untuk menatap. itulah suara Tok Teh dan Tok Lang. ibu saudara Wa dan Mama. Alhamdullillah...aku dapat tatap wajah wa...perlahan air mata mengalir..aku sapu bersih2...dan aku kucup dahi Wa yang sejuk...


selamat kembali Wa...terima kasih segalanya atas jasa bakti dan kasih cintamu pada kami...sungguh aku sangat merinduimu...merindui seorang insan yang menyayangi diri ini...


Al-Fatihah...

0 JempuTlah BerbisiK: