Wednesday, September 26, 2012

Diary 66

Bulan September boleh dikatakan bulan yang paling sibuk terutama di BHEPP. walaupun aku bukan di BHEPP, dek teman serumahku masih di BHEPP, tempiasnya turut terasa.

Awal bulan adalah minggu pelajar baru masuk. Minggu ketiga Konvokesyen Universiti dan disusuli dengan Pilihanraya Kampus (PRK). Kalau dah PRK ni memang tak tidur malam la semua staf2 di BHEPP. kami kena bersekang mata dan bekerjasama memastikan kertas undi, senarai nama, tempat mengundi, dan lain-lain sedia dan cukup. maklumlah, PRK ni sensitif. tak boleh buat sambil lewa.

Radziah & Farah Alia

Terjumpa dengan Radziah dan Farah Alia di tapak konvo. masing2 adalah coursemate masa degree dulu. Mereka sekarang tengah sambung belajar. Kami rapat sebab buat latihan industri (LI) sama2. 

dan untuk aku kali ini memang sudah 'terlepas' daripada semua itu. cepat sungguh masa berlalu. pengalaman dan kenangan di BHEPP terus jadi ingatan dan panduan.

24 September 2012 juga adalah hari ulangtahun kelahiran Mama yang ke57...Oh...Mama ku sudah tua rupanya...aku saja yang rasa mama masih kuat dan sihat...lepas ni dah nak kena pantau kesihatan mama, tak boleh buat kerja berat2 dan nak bagi mama cucu...ameennn...InsyaAllah...

Semalam pun dapat berita gembira, Najib dapat tawaran sambung belajar di UTEM. Alhamdulillah..berkat kebesaran kuasa Allah. untuk Najib, satu saja nak pesan..hargailah dan syukuri peluang yang diberi. Kakak harap, segala yang berlaku dijadikan panduan dan iktibar dalam menempuhi perjalanan kehidupan kita di dunia bahwa sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan Maha Kaya.

Semalam juga, aku sempat meluangkan masa bersama-sama mantan teman serumah. cadang nak pergi Padang Brown tapi tukar ke QBM saja. tak semua yg hadir sebab masing2 ada tugas. apapun, sempena ulangtahun kelahiran Tihah juga yg sama dgn ulangtahun Mama...dan Farewell Kema...hmm..sedihnya saya...cepat masa berlalu semua dah nak bawa haluan masing2...beginilah kehidupan.

 Tihah & Kema
 Munirah & Ana

apapun, kita semua yakin yang kita berpisah kerana Allah..dan insyaAllah pertemuan kita juga kerana Allah suatu hari nanti..insyaAllah...aminnn...

1 JempuTlah BerbisiK:

kema said...

aik?? nk bagi mama cucu...amiiiiiiiiiinnn...dengar mcm xlame je lg tu..cepat2 deh...