Friday, April 17, 2009

Memory 4

masuk dalam alam pekerjaan menemukan aku dengan ramai rakan sekerja yang terdiri dalam kalangan mereka yg telah berumahtangga. malah usia aku juga hampir sebaya dengan anak-anak mereka. kadangkala. berbual dengan mereka yg telah menempuh segala macam dugaan dan cabaran. serta punya pengalaman yg cukup luas. buat aku terfikir dan merenung sebentar.

antaranya cerita salah seorang teman ini. dia punya tiga anak dan yg sulungnya sebaya dengan adikku. punya waktu lapang. kami sering keluar lunch bersama. sebelum lunch kami akan pergi mengambil anak dia dari sekolah dan hantar ke pusat asuhan. apabila tengok suasana seorang ibu yg berkerjaya menguruskan si anak. terdetik dalam hati. aku pun nanti mungkin macam tu juga.

sambil tu. teman aku ni juga ada bercerita. bagaimana kadangkala dia terpaksa rushing dalam masa rehat. ambil anak dari sekolah. hanta pergi pusat asuhan. makan lagi. solat pula. lepas tu masuk kerja. dah tu. masa nak dekat rehat tu lah banyak kerja yg datang. kadang2 sampai terlambat ambil anak.

apabila sampai part tu. aku teringat masa aku sekolah rendah dulu. macamana mama selalu datang lambat ambil aku dari rumah Mak Mah utk ke sekolah. masa tu. bila mama sampai saja. aku selalu marah2. merajuk. merungut. tapi mama pula diam saja. pujuk aku. siap minta maaf lagi. padahal. bukan aku tak tahu. macamana mama bergegas dari tempat kerja. bukan dekat pula tu. bawa kereta laju2. entah makan ke tidak. rehat pun belum tentu. tapi. aku tak pernah peduli. yg aku tahu. aku perlu sampai sekolah on time. supaya tak kena marah dengan cikgu...isk..isk..isk..

Jadi. bila dengar cerita teman ini. aku rasa sangat terharu. bersalah. dan berterima kasih pada mama. besar sungguh pengorbanan mama. sungguh Allah Maha Adil. meletakkan engkau di tempat termulia sebelum ayah.

Mama! Kakak sangatttt sayangggg Mama!

bisik-bisik: abah dgn mama selalu kata "hangpa semua akan paham bila hangpa semua dah jadi mak ayah"..huk3

0 JempuTlah BerbisiK: