Wednesday, April 22, 2009

Bahasa Melayu dijunjung Bahasa Inggeris dijinjing

Aku akui penggunaan Bahasa Melayu semakin diancam 'kerosakan' akibat arus kemodenan, kemajuan dan beberapa faktor lain yang banyak mempengaruhi kedaulatan dan keindahan Bahasa Melayu. sebagai bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan yg tertakluk di dalam perlembagaan negara. Bahasa Melayu WAJIB dikuasai oleh semua rakyatnya. dan penguasaan sesuatu bahasa dikatakan cemerlang apabila pembacaan, penulisan dan pertuturan dikuasai.

Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan keunggulan Bahasa Melayu yang pernah dituturkan oleh semua bangsa pada suatu ketika dahulu saat kegemilangan Kesultanan Melaka. dan salah siapakah tatkala bahasa tercinta ini semakin 'rosak' dan hampir 'hilang' keindahannya?

secara peribadi. aku sangat menyintai bahasa ibunda warisan tak ternilai ini. walau mungkin kini Bahasa Melayu bukan antara 5 teratas yang dituturkan oleh warga dunia. namun itu bukan alasan untuk bahasa ini dibiarkan terus 'rosak' dan 'hilang'.

Aku dilahirkan. dibesarkan dan dididik dalam suasana pembelajaran Bahasa Melayu. bukan saja di sekolah. tetapi juga di rumah. kami disemai dan disiram serta dibaja dengan keindahan, keunggulan dan kemegahan Bahasa Melayu. Puisi.sajak.pantun. bukan sesuatu yang asing dalam keluarga ini. malah. untuk mendeklamasikan puisi dan sajak merupakan kemahiran asasi setiap daripada kami. bakat dan ilmu sastera dalam darah ayahanda dan bonda terus dialirkan penuh wawasan ke dalam darah setiap putera puteri yang membesar. bahawa. inilah WARISAN kita.

namun. itu bukan bermakna abah dan mama menafikan kepentingan Bahasa Inggeris. walau mereka tidak pernah menekankan penggunaan bahasa itu. tapi atas kesedaran sendiri. kami belajar dan terus belajar kerana bahasa ini merupakan bahasa dunia. memang sukar. kerna kami bukan penutur tegar. tetapi. kami mahu buktikan. bahawa selagi sesuatu itu dinamakan ilmu. maka ada pahala jihad dalam berjuang menuntutnya.



Aku mula merasakan betapa pentingnya Bahasa Inggeris tatkala kaki mula menjengah ke negara asing. berurusan dengan para ilmuan dalam dan luar negara menyebabkan bahasa dunia ini perlu dikuasai. apatah lagi pekerjaan aku kini memerlukan aku perlu sentiasa bersedia dan bermaklumat. dan pastinya kebanyakan maklumat banyak didapati dalam Bahasa Inggeris.

Aku masih ingat teguran Abah. agar bahasa ibunda dijaga susilanya. malah aku cukup kagum dengan teman2 sebaya yang begitu berkebolehan dalam sastera Bahasa Melayu walaupun mereka merupakan pelajar aliran sains yang juga tahu peri pentingnya bahasa dunia. jadi. daripada kita menuding tangan menyalahkan antara satu sama lain dek akibat kepincangan bahasa ibunda. mengapa tidak kita sama2 berusaha untuk menguasai kedua-dua bahasa itu. begitu juga bahasa asing yang lain. kerna bukankah berbeza orang yang berilmu dan yang tidak.

percayalah. hanya orang 'buta' saja yang tidak nampak betapa indahnya Bahasa Melayu. dan hanya orang 'pekak' saja yang tidak mendengar betapa pentingnya Bahasa Inggeris.



2 JempuTlah BerbisiK:

wanneeza said...

sangat setuju dengan fuzah
bahasa melayu perlu, mesti dan wajib dipelihara
tapi kalau dapat mahir bahasa inggeris, bahasa arab tambah lagi dengan bahasa perancis atau rusia serta mandarin laaaaaaaagi bagus :)

Wan Fara said...

hihi byk nya bahasa neza....

nice postanyway fuzah :)