Tuesday, April 28, 2009

masa depan yg penuh cabaran

Asyik menikmati petang hari sambil berjalan kaki utk pulang ke rumah. tak seperti biasa. kaki tiba-tiba meleret utk melalui perhentian bas di Eureka. lazimnya aku hanya melalui belakang perhentian bas terus masuk ke kawasan Eureka. patutlah. rupanya Allah nak temukan aku dgn seorang sahabat yg nama sahaja duduk 'sebumbung'. tapi nak berjumpa dan terjumpa pun macam duduk dgn dipisahkan gunung-gunung. ini pun pertemuan tak terduga yg pertama utk tahun ini.

Munirah Azman. sama kursus dan sama majoring. sekarang dia sambung belajar di USM tercinta. teringat kenangan lama. aku pernah menumpang tidur biliknya semasa di tahun dua. malah kami pernah mengembara sekejap ke Sungai Petani. pengembaraan atas permintaan mama aku yg kemudian ditemukan dgn Suhaimi, bekas ahli kum. In Team merangkap suami Ina Naim. tapi masa tu. dia masih single. tak teringat pula nak mengorat dia masa tu. ooppss...hehhee..dah memang bukan jodoh la tu. Allah tak bukakan hati.

sekejap sangat pertemuan yg ditakdirNYA. sebelum sempat berbual panjang dan selepas ucapan tahniah selamat bergraduan, dia terpaksa aku lepaskan pulang berehat dek penat balik dari kampung. tak apalah. kita masih berada di 'bumbung' yg sama. walaupun agak terkejut juga mendengar keputusannya yg telah berpindah ke Tekun daripd berjiran dgn aku. tak apa.ada hikmah utk semua.

melihat teman2 dgn kehidupan masing2. aku mula memahami erti 'masa depan yg penuh cabaran'. dulu. ucapan itu sering dituturkan oleh guruku semasa di alam persekolahan. dan jujurnya aku tidak pernah faham apa yg dimaksudkan dgn ayat itu. kerna selama ini. perjalanan hidup agak 'mudah'. seusai SPM. masuk matrikulasi. kemudian menjengah pula ke USM.

dan apabila ijazah sudah dalam genggaman. baru aku tersedar. dan faham. kalau dulu. sebagai pelajar. segalanya disediakan. tapi. kini. setelah fasa utk bergelar pelajar tamat. tibalah masa utk benar2 berdiri di atas kaki sendiri. keupayaan dan kekuatan diri mula teruji. hati mula diasak kanan kiri.

tak ada siapa lagi yg nak membantu. semua harus usaha sendiri. diri sendiri lebih diutamakan. masa tu baru kenal. siapa kawan. siapa lawan. namun. tak dinafikan. kadangkala. seseorang itu dimudahkan laluannya. tapi. tetap diuji dalam setiap perjalanannya. cuma. terpulang pada kita. utk mengambil setiap ujian itu ibarat garam di danau atau garam di dalam gelas. dan melihat kejayaan teman2. hati turut tumpang gembira dan bangga. walau mungkin akan ada sekelumit rasa cemburu. tapi selagi kita yakin dan percaya bahwa rezeki setiap hamba itu ada. cuma usaha dan doa yg membezakan. maka redhalah. kerna redha itu membuat kita insan paling kaya.

teman2. kau datang dan pergi. yg kekal. adalah jasa dan budi. aku berdoa. moga ukhwah kekal abadi. walau terpisah di dunia ini. kita pasti bertemu di akhirat yg sejati. demi Allah Maha Mengetahui. kalianlah sahabat. yg aku sayangi.

0 JempuTlah BerbisiK: