Thursday, February 5, 2009

Aku percaya


Aku percaya
tiada yang sia-sia
semua akan ada hikmahnya
hatta sehelai daun yang gugur sekalipun
turut dalam perkiraanNYA
apatah lagi caturan hidupnya manusia
sebaik-baik penciptaanNYA

Aku percaya
yakin dan pasti
terus sabar menanti
semua hikmahMU
Ya Rabbi

Wahai Pemilik langit & bumi
biarlah rasa sakit ujianMU ini
jadi penawar dosaku
kerna itu yang amat aku perlu


2 JempuTlah BerbisiK:

wanneeza said...

ISDEV tu singkatan untuk Islamic Development.. actually nama penuh dia Centre for Islamic Development Management Studies
fuzah minat nak join? permohonan utk master tgh bukak skarang sampai 27 feb ni

FuzAma said...

ooo..heeeee