Monday, February 16, 2009

Diary 10



hari ni. perasaan aku ibarat ditimpa bunga-bunga yang gugur di taman yang indah mewangi. wahh!!!sungguh sangat tak terungkap dek kata2.

hari ni. aku terima sms. dari seseorang yg aku hormat dan banyak tolong aku. banyak ke? banyaklah juga kalau dah tolong saat aku betul2 memerlukan. seseorang ni nak jumpa aku. petang ni. tapi. sebab jarak yang tak mengizinkan. aku minta tunda. siap buat appointment lagi. hmm..dalam hati. tertanya2 juga. apa yang penting sangat seseorang ni nak jumpa aku. walaupun memang sebelum ni. seseorang ni pernah minta aku jumpa dia. tapi aku asyik 'lari'. heee...yela..siapalah aku ni. soo..bila dah seseorang sms sendiri. aku rasa. mesti kes besar ni.

duk kejap. lepas zohor. ex-officemate pulak called. dia tanya. buat apa sekarang?heheheh...tunggu orang masuk minang ke?hehehehe...gelak pulak dia. sebab tak larat layan gelak aku. ex-officemate pun cerita la tujuan dia called aku. yela. kalau tak. habis duit je called aku ni. sampai kat klimaks..dia kata...ha..nanti ada meeting dgn seseorang kan? hah!mcmna tau ni..alamak...hehehe...helloo..tengokla who u r talking with ok!heeeee..aku gelak jee..baru ingat nak secret-secret. haish.

malam lak. lepas isyak. member lak called. cerita pasal plan busines. nak join tak? aku nak letak nama hang ni. terhad je tau. laaa..tak kan nak confirm la. bagila aku pikiaq dulu. banyak sangat offer ni...amboiii..hebat sangat la hang ni..sampai banyak sangat org offerr..(penuh ek)..eh yela...baru tau ka?!....

the end. aku mula blurr. perasaan mula bercampur baur. hepi. risau. tak percaya. bimbang. terharu. semua ada la. betul la aku kata.heee..sekali peluang/rezeki/tuah tu datang. tak kira hari. waktu. dan keadaan. gedebuk!!!jatuh dan bergoleklah ia depan mata. apa yang penting? doa. yakin. redha. percaya. bahwa segalanya dari DIA. dan pastinya. hanya yg terbaik akan diberikanNYA!

So. apapun. tunggu aku jumpa seseorang ni dulu. then. doa mohon petunjuk. pastu. redahhhh...


bisik-bisik: Ya Rahim. puji syukur atasMU. buat turunnya hujan rahmat atas izinMU. moga ia petanda yg baik buat diri ini.


1 JempuTlah BerbisiK:

ManSaari said...

Awalannya dengan tahniah. Kegawatan ekonomi bukan halangan bagi yang maha esa untuk mengediakan rezeki kepada hambanya. Tetapi ingat Intan, kiranya rezeki sedang melimpah kadangkala kita sering lupa
amanah, (etika kerja,ikhlas, jujur,masa dan pengorbanan). Ingat juga akan 'Hak yang bukan hak kita' (sedekah dan zakat).

Akhiran :'Ingatlah lima perkara sebelum hadir lima perkara'.