Sunday, February 8, 2009

kerna agama kita berbeza

sedang aku belajar menerima hakikat hidup. bahwa cinta tak semesti memiliki. datang pula cinta tak di duga. benarlah. cinta hadir tak dipinta. saat kita tak meminta. ia datang utk didamba.

bukan sekali si dia bertanya.malah aku tahu aku cinta pandang pertamanya. aku tak sanggup utk menolak. apatah lagi mengatakan tidak. sebab aku pernah merasa sakit. saat cinta tak dapat dibangkit. sikap terus terangnya buat aku terharu. sungguh dia memang mahu. dilema mula menguasai. kerna perasaan simpati lebih merajai.

tapi itu tidak mengapa.kerna cinta boleh berbunga.walau pasti tak boleh dipaksa. Namun, Tuhan sungguh menduga.kerna ini bukan sekadar cinta. tetapi melibatkan agama.

berikan aku hidayahMU. Tuhan. mana mungkin aku mempertaruhkan cinta agungNYA demi cinta manusia yg sementara. tatkala dia bertanya. apa perlu dia lakukan utk bersama. yakin aku membalas. cintai Allah. dia lagi bertanya. jadi kita akan dapat bersama?cintai Allah. serah pada Allah. jika takdir mengatakan begitu. saya redha.

sms terhenti. tiada lagi pertanyaan. aku tak tahu. tidak juga ingin bertanya. biarkan saja dia memutuskan. aku tidak memaksa. apa yg pasti. aku tak akan mempertaruhkan akidahku dalam sepi mengisi cinta duniawi.

ini kali pertama aku menolak huluran kasih. atas nama bezanya akidah. kalau dulu kerna usia dan persediaan. tapi kini agama jadi persimpangan. namun, hati ini juga pasti. belum bersedia menerima sesiapa lagi. kerna hati ini sedang aku ambil kembali. utk aku beri. pada DIA yang Maha Memiliki.


Ya Allah. aku mohon. apapun dugaanMU. tetapkanlah imanku. dalan agamaMU. teguhkan cintaku untukMU. agar mampu aku terus hidup dalam rindu rahmatMU.Ya Allah. aku tidak mengetahui. maka kepadaMU aku berserah diri. berilah yg terbaik buat hambamu ini. dunia dan akhirat nanti.

4 JempuTlah BerbisiK:

sirNik said...

salam...kata2 yang sangat bermakna..membawa pengertian yg sangat mendalam..

wanneeza said...

kalau sudah Dia tentukan itu jodohmu, moga hidayah Allah jadi miliknya
moga cinta itu kerana Allah
moga iman dan islam menjadi pengikat kalian

wan fara said...

fuzah...

kamu dah buat apa yg patut..
kamu sllu berdoa..
dan kamu dah byk bersabar..

smpai mse, jodoh tetap akan tiba..
Dia sangat adil..

sayang kamu!

FuzAma said...

sirNIk: salam, sir terlalu memuji

neeza: hanya DIA penentu segalanya. doakan bersama.

fara: sayang kamu juga! insyallah..yakin dan pasti..kalu tak di dunia..di akhirat jua!