Friday, February 27, 2009

Berubahlah..demi kebaikan

sempat melayari blog seorang kenalan. tak ingin melayari pun sebenarnya. tapi. entah kenapa jari jemari tidak terkawal mengetik lamannya.

membaca entry terbarunya. mengenai persoalan kelemahan diri. dan keinginan serta akujanji untuk berubah. selesai membaca. aku tersenyum kambing. Jangan cakap saja!

entahlah. sepanjang jalan kehidupan ini. aku cuba tidak membenci. jauh sekali mendendami. kerna aku sedar. aku bukan siapa-siapa...dan aku yakin. maaf aku pasti dihulur. tatkala dirinya benar-benar insaf dan berubah. dan tidak sekadar seperti sebelum ini. hanya kepuraan dan sandiwara menjadi taruhan.

tidak mengapa. jika hanya aku yang kena. tapi mengapa teman-teman lain turut merasa?! aduh!!!berubahlah. demi kebaikan. kerna hidup ini tidak lama. esok lusa belum tentu untuk kita.

aku masih menunggu. dan akan terus menunggu. saat kau kembali menjadi diri. penuh ikhlas. penuh jujur. tapi. kalau penungguan aku ibarat mencurah air pada daun keladi. maka aku berserah. Tuhanlah sebaik-baik pengadilnya.

bisik-bisik: sentiasa amalkan.teman sentiasa dinanti. musuh jgn dicari.

2 JempuTlah BerbisiK:

ManSaari said...

Bagus dan syabas. Entri Intan sudah memasuki laras bahasa yang betul. Pola ayat yang baik, baku dan ditulis dengan prasa kata yang lengkap. Sebaik mungkin jagalah tatabahasa, dan ejaan. Jadilah diri sebagai pewaris bahasa ibuda yang tegar.

fuzama said...

heheh..insyallah.Intan akan sentiasa cuba lakukan yang terbaik.