Monday, December 22, 2008

Aku belum pasti...

Alhamdulillah. kelmarin telah selamat berlangsung majlis makan2 @ majlis kesyukuran kat rumah sewa aku di U-Heights. disebabkan sekarng ni musim org kahwin/tunang so semua tetamu yg dtg ingat aku nak bertunang. hahaha...malas nak cerita panjang. aku iyakan je. tapi sma pakat tak puas hati. mana aci fuzah tunang dulu..hahahha...apakah?!

so..utk elakkan saham aku yg ciput ni hilang terus dek gosip kononnya aku bertunang. aku pun explain. sajala fuzah nak wat makan2. nak kumpul kawan2. dah lama tak jumpa. so apalagi...teruslah terukir senyuman puas hati di wajah masing2..ceh! takut sangat kalu aku tunang dulu. takpa2. ("-)

btw...sebenarnya. ini adalah majlis kesyukuran atau kenduri nazar aku. utk apa? heee....ha kerol yg sempat called before event tu...rugi ko tak dak...kalu tak mesti lagi gempak..teringat sangat dulu kita slalu berkenduri especially kat umah dr Nurul. Insyallah. nanti adalah kenduri lagi k. heeee..

and kenduri ni jg sempena detik2 terakhir aku kat USM. ni last month aku kat USM. tahun depan. hidup baru akan bermula. ramai jg yg tanya. tak mau further study ke fuzah?hmmmm...tengokla dulu camna. aku pun tak tau lagi. banyak benda sangat yg berlaku 2008 ni. ada jg teman yg berseloroh. fuzah mana blh tinggalkan USM. org kuat ni. hahahaha...ceh..perlu ke?!..org kuat apanya? aku bkn Badang. :P

bila teringat yg aku akan tinggalkan menara ilmu ni. hati sapa tak sayu. tipulah kalu aku tak sayang USM ni. tapi hidup perlu diteruskan. suka atau tidak. perjalanan aku masih jauh. dan semangat dari sinilah yg akan aku bawa bila aku keluar nanti. terima kasih semua. hadir dlm hidup aku. mewarnai dan melengkap rasa.

apapun. aku hanya mampu merancang. mcm masa aku hbs SPM dulu. masa hbs Matrik dulu. dan jg sekarang. aku masih merancang. tapi. pastinya. kuasa penentuan atau keputusan muktamad. bukan pada aku. tapi DIA. mcm masa hbs matrik dulu. aku plan nak pergi Indonesia. study medic. tapi. muktamadnya. aku di menara ilmu. walau kecewa. aku redha. yakin ada hikmah di sebaliknya walau course yg aku dapat adalah course 'lelong'. Alhamdulillah. segala yg aku perolehi lebih baik dari yg dijangka. Subhanallah.

Selepas ni. aku akan pulang ke pangkuan keluarga. mengumpul kekuatan. membina semangat. mohon petunjuk dan hidayah. jalan mana perlu ku tuju. aku hanya insan biasa. yg dambakan bahagia. terlalu banyak kekurangan terlalu sedikit kelebihan. berikan aku kekuatan. utk menempuh hari depan.

terfikir... mungkin aku akan pergi jauh dari sini. membina impian di rantau org. atau. mungkin aku akan kembali ke USM. meneruskan perjuangan menuntut ilmu. atau....

Ahhh...Tuhan. tunjukkan aku jalan. mudahkanlah laluan. masa depan bukan hak milik ku. tapi anugerahMU.


bisik sikit : bangga, terharu & gembira tengok teman2 sma berjaya! doaku sentiasa utk kalian. :)

6 JempuTlah BerbisiK:

Khairul Izwan said...

alorr...rugi tak g..
miss the moment
bbq kat umah dr sume..
rase baru kejap je kan
=p

p.s. teringat kite asyik meeting kat lab tanah sampai kul 12+. pastu nak balik RST kene jalan jauh..

miss that~

candylips_izy said...

tahniah fuzah..

alhamdulillah..usaha kita mendapat rahman-Nya..

akak tumpang bangga dengan fuzah
sama-sama kita jumpa di DTSP yah..!!!

tahniah adikku...

FuzAma said...

kerol : :(

kenangan terindah & bermakna adalah mengenali korang semua dlm hidup aku...sob3..

keep in touch k!

FuzAma said...

candylips_izy : thanks a lot kak...nanti jumpa kat dtsp k..

akak..tak ada lafaz yg mmpu diucapkan melainkan terima kasih yg tak terhingga..semangat dan doa akak lah penguat saya.

thanks a lot sis! love u soo much!

wan fara said...

hmm
yupp rndu la knangan deduluuu~~
huhu

Hafezul said...

Eh, kali ni ko x jemput aku no, org Kedah. Kecik ati beb!