Tuesday, December 23, 2008

Diary 7

kadang kala. Allah berikan kemudahan dalam laluan kehidupan kita. cuma kita. sedar atau tidak.

Kisah 1

sebaik tiba di jeti feri Butterworth. jam sudah 8 malam lebih. bas ke Alor Star sudah ada dan bersedia utk bertolak. di kaunter masih berbaris hampir 6 org. menghormati peraturan. aku menyambung barisan dan pasrah menunggu bas berikutnya walau dalam hati mula risau akan waktu yg semakin bertambah.

hinggalah tetiba, pakcik kaunter tanya. sorang je ka? aku angguk. ha..mai dulu. ada kosong lagi ka? aku tanya. ada..ada..

Masyallah. dapat jg aku naik bas dgn cukup2 ada satu tempat kosong utk aku. Segala puji utkmu Tuhan. memudahkan segalanya.

Kisah 2

waktu solat asar hampir tiba. aku ada dua pilihan. solat dulu. atau bermusafir...seusai solat. aku bergegas utk naik bas ke jeti feri.

sebaik saja aku tiba di bus stop. bas yg baru saja nak bergerak kembali berhenti melihat aku. Masyallah. mungkin berkat aku solat dulu. DIA memudahkan segalanya.

Kisah 3

aku harap dapat tiba awal di Alor Star. supaya dapat aku bermusafir. Masyallah. setiap kali aku menunggu bas. semuanya bagai menunggu aku. termasuk feri. terus ada sebaik aku tiba. Masyallah. terima Tuhan. memudahkan segalanya.

***
masih banyak takdir yg berlaku atas izinNYA yg memudahkan setiap perjalanan hidup ini. cuma kita saja. sedar atau tidak. bagi aku. yg sangat yakin bahwa segala berlaku adalah dariNYa. suka terfikir. andai saja aku terlambat 1 saat. 1 minit. 1 jam. mungkin aku akan terlepas bas. terlambat. dll. jadi yakinlah. lihatlah perjalanan hidup kita dalam seharian. syukuri setiap kali tiba suatu kemudahan. kerna tiada yg kebetulan dalam hidup kita. melainkan segalanya sudah tertulis di Lauh Mahfuzh.

4 JempuTlah BerbisiK:

msyakiro said...

kekadang kita tak terduga pertolongannya

candylips_izy said...

masyaAllah...
indahnya kasih sayang-Nya..
teruskan pergantunganmu pada yang haq,adikku..

moga kejayaan masa hadapan mendakap erat hidupmu..
beserta rahmah dari-Nya...

kerol said...

[^-^]...alhamdulillah

KT 800 said...

ada anugerah
ada habuan
ada rezeki
ada kesihatan
ia adalah nikmat
ia menuntut tanggungjawab
ia menuntut kesyukuran
ia menuntut erti keabadian
suci dan sejati