Monday, December 1, 2008

Solat vs Yoga



antara yg isu terhangat di pasaran adalah isu senaman yoga yg mendapat perhatian Majlis fatwa utk dijelaskan hukum melaksanakan adalah haram. Bagi aku yg jahil ni pastinya tak berani nak kata apa2 tambah-tambah yg melibatkan akidah. Cuma aku rasa. Majlis agama pastinya telah mengkaji sebaik-baiknya isu ini sebelum menjatuhkan sebarang penyataan. lagipun, mmg dah tahu yg yoga tu berasal dari India dan ada kaitan dgn keagamaan. kalau ye pun nak senaman cari je, senaman lain. banyak lagi kat dunia ni senaman yg tak melibatkan agama. dan terbukti berkesan. Pauline pun kata. agama kristian mmg tak bagi amalkan yoga. Hindu pun tak semua amalkan yoga.

kenapa kita nak amik senaman agama lain sedangkan agama kita dan pun sediakan senaman paling terbaik utk kita...Solat. banyakkan solat malam, solat sunat dan zikir atau wirid. solat tu pun senaman jg. buktinya. lepas kita solat terawih..mesti kita dahagakan?tu tanda dah banyak tenaga digunakan..heee...tu salah satu pemerhatian aku. ok utk lebih saintifik. merujuk kajian dari Universiti Malaya oleh Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan dengan Siew Cheok.
  1. solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh
  2. keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
  3. terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang
  4. keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus
rujukan sumber: http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=39295&forum=3

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah .” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

jadi. kepada semua. jom kita pakat2 solat malam. Insyallah. alah bisa tegal biasa. jom la...jom la..



bisik sikit: lebih suka amalkan yogurt dari yoga...

No comments: