Friday, December 19, 2008

Jumaat yg barakah

Jumaat yg barakah.
menukarkan tangisan menjadi gelak tawa.
muram menjadi senyuman.
harapan menjadi kenyataan.
Alhamdulillah.

Jumaat yg barakah.
yg dinanti terjawab pasti.
yg perit kian pudar pahit.
yg manis semakin gerimis.
Alhamdulillah.

Jumaat yg barakah.
ku yakin segalanya ada hikmah.
akan ku tunggu penuh sabar dan tabah.
sungguh segala puji hanya utk Allah.
terima kasih atas segala anugerah.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

6 JempuTlah BerbisiK:

ManSaari said...

Alhamdulillah.
Tiba-tiba rinjis hujan gugur
mengalir laju
dari bibir mata yang menyimpan duka
tiba-tiba terselak lalu
menyulam benang riang.

Alhamdulillah.
Pagi ini dukaku terbenam
berlari ke penjuru sepi
berganti wanginya anugerah itu.

Allahu Akbar.
Alhamdulillah.

Anonymous said...

a fren of mine said tis to me...

"kita mesti kuat, agar orang sekeliling kita juga kuat. jika kita lemah, orang sekeliling kita juga lemah."

kita sering terlepas pandang. kita sebenarnya merupakan sebahagian daripada kekuatan mereka.

ada pula yang akan bertanya...

"di mana kita nak carik kekuatan tu jika kita lemah?"

Allah... Allahlah sumber kekuatan kita. kita ini manusia biasa sahaja. kita perlu kuat agar mereka di sekeliling kita juga kuat. rintihla, mengadulah pada Allah... teruskan berbuat baik agar mereka tahu bahawa mereka juga sumber kekuatan alam ini...

hidup pada memberi (-.-)

terima kasih

FuzAma said...

mansaari : terima kasih atas segalanya. doa restumu adalah semangatku.

FuzAma said...

anonymous : hidup pada memberi. ya..memberi tanpa pernah mengharapkan balasan. memberi penuh keikhlasan. demi mencari rahmat Tuhan.

terima kasih atas kunjungan.

kalu sudi, bagitaula nama ye..anonymous..

guest said...

salam
sis
i just came across ur blog
u're talented in writing
sy suka bc poem n bhs2 dlm entry sis ni...
teruskan perjuangan ^_^

FuzAma said...

guest : Subhanallah...segala puji hanya utk Allah sis... :)

terima kasih atas lawatan dan sokongan. saya bukanlah siapa2 dibandingkan mereka yg lebih berbakat besar anugerah ALLAH.

Alhamdulillah.