Sunday, December 7, 2008

sudah terhantuk baru terngadah

sudah menjadi tradisi Malaysia agaknya. selagi belum berlaku apa2 tragedi. tiada tindakan keselamatan/pencegahan akan dilakukan. dan apabila berlaku tragedi atau bencana. mulalah semua jabatan/badan2 tertentu digesa utk melakukan kajian. ambil tindakan. harus buat ini. harus buat itu. suka sungguh mereka mengaplikasi peribahasa. sudah terhantuk baru terngadah. tapi. apakah berbaloi semua itu? perkara yg berlaku tak kan dapat diulang seperti sebelumnya.

kita selalu dengar. mencegah lebih baik dari mengubati. tapi slogan ni selalu utk kesihatan je. padahal. ia wajib diaplikasi utk semua perkara. apatah lagi. perkara yg melibatkan alam. pernah saya berkata. walupun alam tidak mampu bersuara. tapi mereka mampu 'membalas'. dan pastinya 'balasan' mereka tak mampu kita tahan dgn kudrat manusia biasa kerana 'balasan' mereka jg ingatan dari yg Maha Kuasa.

memang. segalanya suratan takdir. tapi takdir itu atas 'permintaan' kita. padahal.Ini bukan kali pertama 'ingatan' diberikan oleh alam. Tidak cukupkah 'amaran' dr tragedi Highland Towers 15 tahun dulu. Malah. wajah sayu bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Ismail Omar yg kehilangan 6 ahli keluarga tatkala syawal menjelang tiba. 6 tahun lalu. cukup utk mengingatkan. bahwa. alam tak pernah kecundang.

tidak cukup banyak lagikah airmata yg telah ditadah? tidak dalam lagikah kelukaan dan kepiluan hati2 yg kehilangan insan tersayang. harta yg melayang? apakah kerana hitungan nyawa yg terkorban tidak mencecah ratusan. ribuan. maka tragedi yg telah berlaku. dibiarkan berulang. sedangkan waktu utk mencegah. telah diberikan. 'ingatan' demi 'ingatan' telah disampaikan.

Manusia. di mana silapnya? di mana kurangnya? alam sudah bersuara. menjerit. menengking. menjerkah. masih pekakkah telinga? alam sudah membalas. menumbuk. menendang. memukul. menikam. masih butakah mata? masih kebalkah hati? masih bekukah akal?

Manusia. yg telah diberikan kuasa. janji dan amanah. bahwa. tadbirlah alam. sebaik-baiknya. jgn mengikut nafsu. kerna Allah lebih tahu. alam tak akan membatu. mengingat dan membalas apabila perlu.

yg di atas. tunaikanlah amanah. yg di bawah. jalankanlah apa yg diperintah. alam ini milik bersama. kerna jika yg kanan terluka. yg kiri turut merasa. ingatlah. kita menjunjung langit yg serupa. dan berpijak pada bumi yg sama.

cukuplah . menjadi 'pembunuh' yg bersenjatakan nafsu. kuasa. wang. dan harta. jangan dituduh . alam yg menderhaka. tapi marahlah diri. yg curang sentiasa.



bisik sikit: salam takziah buat sma mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. 6 Dis 2008. moga sinar Aidiladha menerangi kita. Allah merahmati kalian semua.

7 comments:

Shamsul Amin said...

Assalamualaikum.. Nak berbisik gak kat sini, bleh?? Hehehe.. Wah, menariklah blog akak, 'hijau' betul,cayalah kak.. tak ramai yang sayang alam sekitar sekarang ni... Letaklah blog saya dalam list akak yer.. Salam kenal, kalau ada msa, sya jnguk lgi blog akak yang best ni..

FuzAma said...

segala puji hanya utk Allah.

waalaikummusalam Shamsul.eh..apa tak blhnya. akak lagi suka kalu semua berbisik kat sini..heee.apapun. thanks a lot bro. jauh dtg ni. :)..dun worry. Akak dah add Shamsul k.

Salam kenal jg. segala puji hanya utk Allah. moga kita saling dapat manfaat dan ingat mengingati.

terus berjuang dalam penulisan ye dik. itulah anugerah utkmu. gunakan ia.utk menegakkan agama Allah.

salam aidiladha 1429.

Anonymous said...

Hi puzah.. hurm sangat sinis, berisi dan berpedoman.. harap segalanya berikan dorongan kepada orang ramai wahai puzama.. selamat hari raya qurba. Nanti kita wat reunion before aku balik lepas tu kita tryu video call ngan fari ek...

FuzAma said...

dd...wah!!bestnya...orite..apa2..roger and out k..slamat hari raya juga.. :)

Anonymous said...

bile nak masuk dewan parlimen? =p

FuzAma said...

dari masuk parlimen baik masuk warung kopi.

p/s: khairul izwan mana ni ye?

FuzAma said...

khairul izwan is kerol.

sekian.