Sunday, January 18, 2009

Memori 4 - kutip sampah

aku tak ingat sejak bila semangat cintakan alam sekitar wujud dlm diri aku. tapi yg aku pasti. sejak kecil aku cukup pantang tengok orang buang sampah merata2. tak kiralah tua ke muda ke. sama saja. bila aku fikir2 balik. ini mungkin sebab pengaruh didikan di sekolah.

aku masih ingat. setiap kali perhimpunan sekolah. masalah sampah akan selalu dibentangkan. dan guru besar aku waktu tu seorang yg cukup peka dgn masalah sampah. caranya. setiap pagi. sebelum bacaan doa dan kelas bermula. setiap kelas wajib turun ke kawasan tertentu mengikut giliran utk mengutip sampah.


aku masih ingat. walaupun aku selalu dtg sekolah lambat. tapi sebaik tiba sj di sekolah. aku akan terus pergi ke padang dan kutip sampah yg bertaburan bersama2 teman2. semua org mesti kena ada sampah di tangan dan ketua kelas akan membawa bakul sampah sambil dipantau oleh para guru. aku tak ingat sejauh mana keberkesanan cara itu. tapi. aku rasa. itulah salah satu perbuatan yg telah mendidik aku utk tidak membuang sampah merata2. walau hanya secebis kertas pembalut gula2. malah cara itu jugalah yg mendidik kami utk cuba mengutip sampah jika terjumpa. sebab aku ingat lagi. cikgu pernah kata.


"kalau kita jumpa sampah. dan kita ambil tolong buang ke dalam tong sampah. kita akan dapat pahala. Orang yang banyak pahala. Tuhan akan sayang"



bisik sikit: sentiasa ingin menyayangi & disayangi...


0 JempuTlah BerbisiK: