Sunday, January 11, 2009

Kekalahan yang mengajar



Konvesyen & Karnival Usawahan Siswa atau KARNIAWAN 2009 mengakhiri penglibatan aku dalam aktiviti universiti. Kalau dulu di UM kali ini UUM pula yg jadi tuan rumah. bermula pada 7 sampai 10 Januari 2009. Kalau dulu USM dapat jerung besar kali ni USM cuma dapat ikan bilis saja. okla tu. dapat jugak daripada tak dapat langsung.

Alhamdulillah.

Jujurnya. aku gembira dengan kekalahan ini. kerna kekalahan ini telah banyak memberi pengajaran. kekalahan kali ini telah membuka mata-mata dan mengetuk kepala yg sedang enak dibuai mimpi. Jujur lagi. aku sudah menjangkakan kekalahan ini. oopsss.bukan doa ya. tapi cuma firasat rasa hati. bintang Libra la katakan..oopss..perlu ke?!!

Hasil kajian & pemerhatian tak rasmi ke atas kekalahan ini. banyak faktor yg terlibat dan faktor paling penting yg dilihat adalah faktor kepimpinan. maaf jika ada yg terluka dgn apa yg akan diperkata. tak ada niat utk mengguris hati. tapi utk ingatan dan kebaikan bersama & diri.

bukan mudah menjadi ketua apatah lagi pemimpin. malah tak ada ketua/pemimpin yg sempurna. tapi itu bknlah alasan utk tidak berusaha menjadi lebih baik. asalkan usaha itu ada. apa saja kelemahan. tetap dimaafkan. kerna mmg manusia itu tak sempurna.

tak mudah jadi ketua. sebab ketua adalah harapan/amanah daripd ahli bagi sesebuah kumpulan/organisasi utk melaksanakan suatu tugasan. apa yg diharap oleh ahli kumpulan adalah sebuah hasil tugasan yg terbaik yg dilakukan bersama-sama. diiringi dengan pembenihan perasaan/sifat postif dan ciptaan keindahan kenangan & pengalaman.

Ketua dilantik atas rasa percaya & yakin dgn kebolehan/kepakaran/kelebihan yg ada pada seseorang. dengan harapan. kebolehan ketua dapat membantu memimpin hasil tugasan menjadi yg terbaik. tapi tak bermakna tugasan yg baik.maka ketua seorg yg terbaik.

Seorang ketua mempunyai kuasa bukan kerna dia berkuasa. tetapi ketua berkuasa kerna diberi kuasa. siapa yg beri kuasa?mestilah ahli kumpulan. jadi. ahli kumpulan lah yg lebih berkuasa. bukan ketua. So. ketua janganlah perasan sangat!

Ketua tetap perlu hormat ahli. hormat pendapat. hormat perasaan. malah seorg ketua akan lebih dihormati jika dia dulu yg menghormati.

Ketua juga perlu percaya & yakin dgn kebolehan ahli. sebab yg pastinya ketua pun bukan serba boleh. kalau tak percaya & yakin dgn kebolehan/kemampuan ahli. jgn jadi ketua kum. jadi ketua diri sendiri. buat kerja sorang2.menang/kalah pun sorang2.

Bila dah percaya & yakin dgn ahli. Ketua harus bijak memberi tugas. berdasarkan kebolehan/kemampuan ahli yg berbeza2. barulah ahli merasakan mereka juga ada sumbangan kepada kum. tambah lagi jika hasil kum. berjaya. perasaan dihargai & diperlukan sangat indah utk dinikmati.

Kalau dah bijak memberi/membahagi tugas. Ketua perlu tahu & berani membuat keputusan dan memberi arahan. Arahan jg perlu jelas dan tetap. supaya tak berlaku salah faham/konflik. hasil kerja pun tak la jadi 'sekadar melepaskan batuk di tangga'. sebelum buat keputusan ketua kena jg buat majlis syura baru putuskan keputusan yg terbaik dirasakan. So ketua kena bijak buat pertimbangan/keputusan dgn mendahulukan keutamaan/kepentingan kum daripada diri sendiri.

btw. banyak lagi ciri2 ketua yg perlu ada. tapi setakat ni. hanya ini ciri2 kepimpinan yg 'tertinggal' utk program kali ni. manusia tak sempurna. tapi kita mampu berusaha utk mencapai pinggiran sempurna.

Melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan. benda yg paling susah nak 'handle' adalah hati & perasaan ahli. bukan kerja/tugasan. tak guna kalau hasil kerja/tugasan kum. terbaik tp hati & perasaan kum penuh parut luka & jelik. biar hasil/tugasan hanya biasa2 tapi hati & perasaan kum penuh kasih sayang & cinta. Itu lebih indah dan kekal utk disimpan & dikenang.

apapun. tahniah & terima kasih diucapkan buat semua yg terlibat. langsung atau tidak dalam program ini. pastinya. yg terbaik telah diberikan. menang kalah adat pertandingan. yg penting. ilmu & pengalaman. yg baik kita terus & kenangkan. yg buruk kita buang & lupakan.

Buat teman2 & adik2. maaf andai ada yg terluka dgn bicara dan tingkahku. thanks a lot for everything. kenangan yg terakhir ini antara yg terindah dalam diari hidupku. terima kasih Ya Allah. menghadirkan insan2 ini dalam hidupku.
















bisik sikit : selamat datang buat delegasi dari Fakultas Ekonomi Universitas Syiah Kuala, Aceh Indonesia. gembira amat ketemu kalian..oopss!

1 comment:

Anonymous said...

yuppp sgt setuju dgn bdk kecik sorang ni...
bkn senang nk jd pemimpin!!!
pengalaman mengajar erti kehidupan...
tabik springgggg sama fuzah!!!
idola fari sampai bila2 ;)