Saturday, January 31, 2009

Diary 9

aku disuruh ke hutan. dengan pesanan. membawa pulang ranting yg terbaik yg aku rasakan. aku menurut arahan. ranting terbaik yg aku rasakan. sudah dalam erat tangan. tapi...



ranting hilang dalam perjalanan. puas aku mencari. masih tak dijumpai. aku mengadu. sambil menangis sendu. kerna ranting itu sudah aku sayangi. antara yg terbaik yg aku temui.

senyum mulus. yg menyampai pesanan pun berkata.

"anakku, ranting itu nampaknya bukan utk mu. relakan saja pemergiannya. yakinilah. Allah pasti ada gantinya. lebih baik dari yg kau jangka"

***

aku terjaga. terdengar sayup azan subuh bergema. ada manik jernih di tubir mata.

'relakan saja pemergiannya'

perlahan-lahan. sebak pun menguasai dada.


2 JempuTlah BerbisiK:

ainunl.muaiyanah said...

fuzah : Kata orang lama, cinta itu tidak semestinya menyatu.

walaupun ada orang kata, lelaki yang baik itu datang pada satu-satu masa dan kalau sudah terlepas susah nak ketemu yang baik lagi, tetapi saya percaya bahawa kalau hari ini kita kehilangan seseorang yang baik, mungkin di masa depan lebih baik lagi.

seperti kisah hujan dan pelangi. kita sangka, tuhan mahu beri kita bencana dgn menurunkan hujan, walhal Dia mahu kita belajar menghargai pelangi..


wah.. komen terpanjang abad ini

FuzAma said...

hohoho..ainunl..berbicara dgn sasterawati...buat fuzah hilang kata2..

besalah...hati kadang2 terlalu ego menerima bicara akal...apapun..sabar itu perlu..masa penentu segalanya..

thanks!