Monday, January 12, 2009

kerna aku menyintai dia

"kau masih ada peluang utk memikat dia. selagi mereka masih belum ada ikatan yg sah" ucap seorang sahabat aku.suatu petang yg damai. penuh harapan.

aku senyum. lantas ketawa.


"kau mahu aku jadi perampas ke? perampas kebahagiaan insan lain. malah perampas kaum sejenis aku sendiri?!"


...


sunyi. hanya desir angin memecah sepi. wajahnya pula yg muram. sedangkan hati aku yg sedang suram.


...


perlahan. aku bersuara. menahan sebak di dada.


"aku sukakan dia. dan suka aku pada dia. tak sama suka aku pada orang lain. sampailah aku sedar. aku dah cintakan dia. masa tu. aku cuma nak selalu di sampingnya. kongsi suka duka. buat dia bahagia. semampu yg aku terdaya. walau dia tak pernah tahu. aku tetap gembira. sebab dia bahagia"


...


"aku nak jadi insan yg dia paling sayang. aku nak jadi suri di hatinya. aku nak... sebab aku cinta dia. aku nak membahagiakan dia".

"tapi siapalah aku?!! siapalah aku yg nak paksa dia rasa apa yg aku rasa. siapalah aku yg nak menentukan kasih sayang dan cinta. sedangkan rasa cinta anugerah Allah. hanya Allah yg berhak menentukan siapa suri hatinya. Hanya Allah yg tahu siapa yg lebih layak dan sesuai membahagiakannya. bukan aku...bukan aku hamba yg hina ni."


"tapi. kau masih ada peluang." lembut menyentuh bahuku.



"dia bukan utkku. walau sedalam mana cinta aku. dia bukan utkku. itu hakikat yg aku kena terima. dan aku akan lebih sakit jika terus mengharap. sedangkan aku sangat damai sekarang merelakan dia pergi. relakan dia bahagia dgn insan yg dia cinta. aku tumpang gembira...aku cuma nak dia bahagia. walaupun bukan dgn aku. asalkan dia bahagia kerna aku terlalu menyintai dia...dan aku cinta dia kerna Allah"



"biarlah aku hilang cinta dia. asal cinta Allah masih di jiwa"

aku senyum. dia pun senyum.


"fuzah. nanti kahwin jgn lupa jemput aku tau!"


"insyallah. mesti.ala ko tu tak jemput pun datang jg"


ketawa...ketawa...ketawa..



Wanita yang benar dan tulus cintanya kepada seorang lelaki akan sentiasa memegang satu prinsip dalam percintaanya: “bertemu kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah”

Dia percaya bahawa kekuatan cinta berada dalam genggaman Allah - Mingguan Wanita



3 comments:

sepet_bulat said...

adikku sayang...

mencari cinta itu banyak caranya..
cuma pencarian di bawah redha Maha Pencipta Cinta itu yang paling indah..

pati kebahagiaan yang abadi adalah sabar dan redha..

akak yakin,
fuzah akan memiliki cinta yang abadi,hadiah atas keikhlasan mengharap cinta Illahi...

Allah takkan sia-siakan cinta hambanya yang tulus menghargai cinta-Nya..

senyum yah,adikku...
senyuman kamu bisa membawa kebahagiaan kepada orang2 yang kamu sayangi..
=)

wan-niza said...

kuatkan semangat ye fuzah...insyaAllah, jumpa yg lebih baik
faham, bukan mudah utk terima dia yg ada di hati milik org lain...pernah merasai dah masih merasai
tp ketentuan milik Tuhan

Anonymous said...

berarak mega,
bersinarlah cahaya
benua cinta azali