"budak kecik yg kuat".
Ini gelaran dari Dina. teman sebilik semasa di Aceh.kami akan sama2 menyebutnya sambil mengangkat tangan utk menunjukkan muscle.
sebenarnya. kuat itu. bukan kuat zahiriah. kuat yg dimaksudkan. adalah batiniah. kuat jiwa. kuat hati. dan kononya. aku miliki kekuatan itu.
semalam. tepat 1 Januari 2009. saat berkat malam jumaat. hakikat kebenaran yg aku nanti. telah terbukti. cinta yg aku cari. bukan utk diri.
kebenaran mmg menyakitkan. aku habiskan malam. di wakaf halaman rumah. merenung langit. mencari bintang. tapi sayang. malam ini kelam. cahaya suram. seakan-akan faham. riak rasa yg mencengkam.
"budak kecik yg kuat".
aku akan bangun. aku akan tetap terus melangkah. selama ini pun. aku telah disiapkan dgn pelbagai latihan. sebagai persediaan. utk dugaan seterusnya. sakit mmg sakit. pedih mmg pedih. namun. biar perit itu menusuk jantung sekalipun. atau biar nafas bagai terhenti sekalipun. aku tak akan pernah mengalah. aku juga ingin bahagia. dan aku akan terus kuat. untuk mencari bahagia aku. kerna bahagia aku. mampu membahagiakan insan-insan di sekelilingku. tak mungkin aku melihat senyuman. jika aku sendiri sentiasa dalam tangisan. Ya Allah. kurniakan aku kekuatan.
"budak kecik yg kuat".
selama aku bernafas. cukup utk aku melihat. segala hikmah. ketentuan takdir. ke atas segala perjalanan diri. kita hanya merancang. DIA yg memutuskan. pengetahuanNYA. lebih arif dan bijaksana. ku yakiniMU Ya Alllah. ku pasrah ketentuanMU. biar saja aku kehilangan cinta ini. asalkan cintaMU. tak pernah pergi. izinkan aku terus menyapa rinduMU. izinkan aku terus menyentuh kasihMU. izinkan aku terus menyintaiMU.
No comments:
Post a Comment